Monday, 19 January 2015

Gambar-Gambar Hukuman Mati Bagi Pesalah Di Utara Iraq!


Anggota kumpulan Negara Islam (IS) didakwa membunuh seorang lelaki dengan mencampaknya dari atas bangunan kerana dia seorang gay.

Melalui gambar dimuat naik di laman sesawang pertubuhan berkenaan, sekumpulan lelaki bersenjata dilihat berdiri di atas bumbung bangunan bersama lelaki terbabit yang didakwa disabitkan kesalahan oleh mahkamah.


Kejadian itu didakwa berlaku di wilayah al-Furat, utara Iraq.

Menurut laporan yang diterima, sebelum dijatuhi hukuman itu ‘pegawai mahkamah’ membacakan ‘penghakiman’ yang dibuat oleh mahkamah syariah.

Ketetapan itu menyatakan, tertuduh dihukum mati dengan dicampak dari tempat paling tinggi di bandar berkenaan kerana mengamalkan seks songsang.

IS didakwa menggunakan kaedah sama untuk menghukum mati ‘pesalah’ dalam sekurang-kurangnya tiga kejadian berasingan dalam tempoh kurang dari sebulan.

Dan dua lagi kes berasingan, dua lelaki di tembak mati kerana di tuduh melakukan aktiviti rompakan manakala seorang wanita di kenakan hukuman rejam hingga mati kerana melakukan zina.
































1 comment:

  1. Jom share artikel admin kat web forum saya di http://www.giler-it.com/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog