Saturday, 24 January 2015

Kisah Budak Lelaki Yang Menghidap Penyakit Thalassemia


Kisah seorang kanak-kanak bernama Liang Daiwen (13) yang tinggal di Liujiang, wilayah Guangxi Zhuang, China yang menderita penyakit beta thalassemia. Setiap bulan Daiwen perlu pergi ke hospital seorang diri untuk mendapatkan rawatan pemindahan darah.

Setiap bulan ibu bapa Daiwen perlu membiayai kos rawatan Daiwen sebanyak 2000 yuan untuk rawatannya. Orang tuanya yang bekerja di bandar, menyebabkan beliau terpaksa mengurus adiknya yang masih bersekolah. Di samping itu Daiwen juga perlu memasak sendiri kerana orang tuanya jarang pulang.

Untuk menjalani rawatannya Daiwen terpaksa terpaksa melakukan perlajanan dengan menaiki bas selama satu jam untuk ke hospital. Setibanya di hospital, jururawat akan memberikan rawatan pemindahan darah, selepas itu Daiwen akan diberikan ubat cecair yang disuntik di bawah kulit. Biasanya ubat ini diberikan dengan menggunakan alat semacam "portable pump". Alat ini melekat di perut Daiwen dan dibawa pulang. Ubat cair tersebut berfungsi untuk mengeluarkan lebihan zat besi.

Oleh kerana orang tuanya sering mengalami kesukaran dalam mendapatkan pembiayaan, kadangkala Daiwen terlewat melakukan pemindahan darah. Akibatnya Daiwen sering mengalami masaalah, perutnya membengkak kerana bengkak limfa, nafasnya sesak kerana tulang hidungnya mengecil, dan kulitnya pun semakin lama menghitam kerana terjadi penumpukan zat besi akibat pemindahan jangka panjang.

Kerana keadaannya yang terdedah lebihan zat besi, maka Daiwen perlu berdiet dan mengelakkan makanan yang tinggi zat besi. Kelainan sel darah merah ini juga membolehkan daya tahan tubuhnya rendah, maka dia juga perlu memperbanyakkan pengambilan vitamin C dan E serta makan makanan tinggi asam folat.

Thalassemia adalah kelainan darah yang sifatnya menurun (genetik). Sel darah merah yang dihasilkan pesakit thalassemia ini akan pecah sebelum waktunya. Pada keadaan normal dalam masa kira-kira tiga bulan sel darah merah akan pecah untuk digantikan sel darah merah yang baru. Pada pesakit thalassemia ini sel darah merah sudah pecah sebelum tiga bulan, sehingga dia akan kekurangan sel darah merah. Sel yang pecah ini bersifat tidak normal. Penyakit ini akan mengakibatkan kematian jika tidak mendapat rawatan yang betul.

















No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog