Friday, 23 January 2015

PERHH.. Sanggup Jilat Lantai dan Mangkuk Tandas Nak Tunjuk Bersih!


Alkisahnya, di China seorang jurulatih tentera yang dikenali sebagai Sarjan Cai Peng telah mengarahkan para rekrut baru supaya membersihkan asrama dan tandas mereka.

Bagaimanapun, sebaik sahaja dia membuat pemeriksaan, jurulatih tersebut berang dan menjerit kerana tahap kebersihan di tempat itu tidak mencapai piawaian yang diingininya.

Dia lantas mengugut mahu menjatuhkan hukuman kepada para rekrut tersebut.

Namun secara tiba-tiba, seorang rekrut yang dikenali sebagai Ho Liao tiba-tiba bersuara:

“Maafkan saya tuan. Saya tak setuju dengan apa yang tuan katakan dan mohon izin untuk membuktikannya.”


Rekrut itu kemudiannya terus melutut dan menjilat lantai tandas termasuklah bahagian mangkuknya sebelum melakukan perkara yang sama di lantai asrama mereka.

Tindakannya itu sememangnya mengejutkan semua termasuklah jurulatih tersebut sehingga dia meminta kesemuanya bersurai tanpa sebarang hukuman.









Perh sampai macam tu sekali. Kalau ye pun nak tunjuk bersih rasanya tak perlu sampai nak menjilat lantai tandas tu. Goli- goloman den nengok bwuerkk

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog