Friday, 23 January 2015

"Tak Kisah Apa Dia Buat, Dia Tetap Ayah Kita," Emma Maembong


BERMULA dengan kontroversi mengecam perkahwinan anaknya, Yaya Maembong yang dianggap berlebih-lebihan, nama pelukis terkenal, Ismail Maembong secara tiba-tiba panas dalam kalangan peminat industri hiburan tempatan.

Belum pun reda perihal perkahwinan itu, muncul satu lagi kenyataan daripada Ismail bahawa beliau menganggap Chacha sebagai anak derhaka susulan penjelasannya kepada media memberitahu, dia dan adik-beradiknya berpindah secara rela ke sebuah kondominium dan bukannya dihalau ke flat seperti didakwa oleh bapanya.
Itu belum termasuk luahan tidak puas hati Ismail terhadap pendapat Zizan yang juga merupakan kekasih anaknya, Emma Maembong mengenai isu majlis kahwin sederhana lagi..
Pendek kata, satu demi satu isu yang ditimbulkannya sehingga ada peminat menganggap Ismail terlalu lantang bersuara sehingga menjejaskan hubungannya dengan anak-anaknya.
Bagaimanapun, luahan Emma menerusi akaun Instagram membuktikan kelantangan bapanya itu tidak sesekali mengurangkan rasa hormatnya terhadap pelukis itu.
Sebaliknya, dia menganggap ia sebagai lumrah bagi seorang bapa yang sedang meniti usia tuanya yang semakin mudah merajuk dan terasa hati.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog