Monday, 10 November 2014

KEJAM!: Bakar 43 Pelajar Selama 14 Jam

Mexico City: Kumpulan penjenayah mengaku membunuh 43 pelajar dan membakar mayat mereka selama 14 jam sebelum sisa tubuh yang rentung itu dicampak ke sungai, kata pihak berkuasa semalam.

Peguam Negara Mexico, Jesus Murillo Karam berkata, semua pelajar terbabit disahkan mati dan sebuah universiti Austria akan membantu mengenal pasti mayat ditemui.

“Untuk sementara, kami akan menganggap mereka sebagai orang hilang sehingga DNA disahkan.

“Cuma bukti terlalu banyak untuk mengatakan mayat itu adalah mereka,” katanya.

Murillo Karam berkata, tiga anggota penjenayah Guerreros Unidos mengaku membunuh pelajar terbabit selepas diserahkan polis korup tempatan.

Pelajar itu, kata Murillo Karam, dibunuh dan dibakar di kaki bukit bersama timbunan tayar, kayu dan plastik selama 14 jam.

“Api menyala sejak tengah malam hingga jam 2 pagi, tetapi penjenayah terbabit hanya menarik lebihan yang rentung tiga jam kemudian kerana bahang melampau,” katanya.

Mayat rentung itu, kata Murillo Karam, kemudian dihancurkan, diisi ke dalam beg sebelum dicampak ke beberapa sungai.

Berita itu disampaikan Murillo Karam kepada ibu bapa mangsa di hangar kapal terbang di Chilpancingo, ibu negeri Guerrero.

Kehilangan pelajar itu mencetuskan protes terbesar dalam sejarah pemerintahan Presiden Enrique Pena Nieto dan mendorongnya berikrar untuk terus memburu pembunuh terbabit.

MetroOnline

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog