Salinan laporan polis lelaki berumur 19 tahun yang mendakwa dipaksa melakukan hubungan seks oleh seorang wanita di Wangsa Maju.
Seorang lelaki berumur 19 tahun telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Dang Wangi mendakwa dia telah dirogol oleh seorang wanita di Wangsa Maju Jumaat lepas.
Gambar salinan laporan polis itu telah tersebar di internet hari ini bagaimanapun terdapat unsur pelik di dalam laporan yang diberikan pengadu.
Menurut pengadu, pada kira-kira pukul 10.30 malam, dia bersama rakannya sedang makan di sebuah restoran di Wangsa Maju sebelum dia didatangi seorang wanita dan meminta menghantarnya ke rumah.
Dia mengatakan bahawa dia tidak mahu menghantar wanita itu tetapi terus dipaksa.
“Kemudian, saya bersetuju hantarnya ke rumah di Wangsa Delima 3, Wangsa Maju dengan kereta.
“Ketika sampai di hadapan rumahnya (ketika masih dalam kereta), wanita itu telah peluk dan cium saya, saya menolak tetapi dia tetap cium saya dengan ganas,” kata pengadu di dalam laporannya.
Menurutnya lagi, wanita itu kemudian telah membuka seluarnya dan seluar pengadu lalu naik ke atas lelaki itu sebelum memasukkan kemaluan pengadu ke dalam kemaluannya.
“10 minit kemudian dia terus keluar dari kereta dan masuk ke dalam rumahnya,” kata pengadu.
Tidak diketahu sejauh mana kesahihan laporan yang dibuat oleh pengadu yang mengatakan bahawa dia dipaksa melakukan hubungan seks dengan ganas kerana jika benar dia enggan, pengadu boleh sahaja keluar dari kenderaan berkenaan.
Pengadu dilihat mengenali wanita itu berdasarkan nama penuh yang diberikannya di dalam laporan polis.
Di laman Facebook, ada yang mengatakan di ruangan komen bahawa lelaki itu dikatakan membuat laporan polis dirogol untuk mengelakkan wanita berkenaan membuat dakwaan rogol ke atasnya sebagai melepaskan tanggungjawab.
Daripada laporan polis, memang ada banyak lagi kejadian dalam insiden itu yang tidak diceritakan oleh pengadu.
mynewshub.my
laki tuh punai tak naik...pastu report polis kata pompuan nak toron dia...pirahhhh...memang spesis haramjadah....
ReplyDelete