Wednesday, 12 November 2014

Kaki Pelajar SPM Tersangkut Di Celah Lidi Motorsikal



Kisah ini pastinya menjadi pengajaran buat pembonceng motosikal khususnya wanita supaya menjadi lebih peka dan berhati-hati.

Sememangnya kemalangan adalah perkara yang tidak dapat dijangka. Siapa yang menyangka nasib kita kemudian hari. Oleh sebab itulah kita sering mengkaitkan peribahasa seperti malang tidak berbau untuk menggambarkan insiden seperti ini.

Insiden ini pastinya menjadi igauan ngeri bagi seorang remaja wanita berusia 17 tahun apabila kain seragam sekolahnya terbelit di celah lidi motosikal yang diboncengnya di Kilometer 2, Jalan Lapangan Terbang Kerteh dekat sini, semalam.

Hal ini menyebabkan beliau, Wan Siti Sulyza Wan Manssor, 17 pengsan empat jam di tempat kejadian, sementara kaki kiri patah dan daging kakinya terkoyak.

Lebih menyedihkan, remaja wanita ini merupakan calon pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kerteh ini berdepan situasi mengerikan itu ketika dalam perjalanan pulang ke rumah bersama rakannya selepas selesai menjawab peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kira-kira jam 1.30 petang .

Memetik laporan Harian Metro, mangsa mendapat bantuan anggota bomba daripada Balai Bomba Kerteh yang tiba sejam kemudian, untuk mengeluarkan kakinya yang tersepit di celah lidi motosikal dan membawa ke Klinik Kesihatan Kerteh sebelum dikejarkan ke Hospital Kemaman.

Sementara itu, ibu mangsa, Mahani Mamat, 47, berkata, anaknya akan tetap akan mengambil baki kertas SPM di hospital berkenaan memandangkan masih tidak mampu berjalan.-MetroOnline

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog