Friday, 5 September 2014

Wawa Zainal dan Suami Minta MIG Pulangkan Semula Baju dan Dokumen Mereka Dalam Kereta

Tak habis-habis lagi ‘pergaduhan’ di antara MIG/David Teo dengan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal ini. Semuanya bermula apabila Wawa Zainal melanggar kontrak dan berkahwin dengan Aeril Zafrel tanpa pengetahuan pihak pengurusan MIG. Apabila diminta penjelasan mengapa menyorokkan perkahwinan mereka, Aeril dan Wawa menyatakan takut dimarahi oleh pihak pengurusan MIG kerana berkahwin ketika kontrak masih ada. Terbaru, isu ‘kehilangan’ kereta Suzuki Swift yang bermula Julai lalu kembali hangat diperkatakan.
Kereta ini dibeli oleh Wawa Zainal menggunakan wang simpanan hasil lakonan namun ia didaftarkan atas nama syarikat MIG kerana Wawa tidak mencukup syarat-syarat pembelian kereta. Laporan polis telah dilakukan atas kehilangan kereta ini dan menerusi satu rakaman audio yang tersebar, pihak MIG telah meminta agar laporan polis itu ditarik balik. Namun penarikan balik tidak dapat dilakukan kerana kes ini kini dalam siasatan. Menariknya, suami Wawa Zainal tidak mahukan kereta tersebut kembali tetapi hanya ingin mendapatkan dokumen dan pakaian mereka yang berada di dalam kereta tersebut seperti yang ditulis menerusi akaun Instagramnya.
kereta wawa zainal
kereta wawa zainal
Semoga permasalahan ini dapat diselesaikan secara profesional dan secepat mungkin. Dah berpanjangan lama sangat dah kemelut antara kedua-dua pihak ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog