Thursday, 4 September 2014

Shaheizy Sam Bercinta Semula Dengan Puteri Najuwa?

Shaheizy Sam adalah seorang lelaki yang amat misteri dalam bab percintaan. Memiliki segala-galanya (wajah kacak, lakonan mantap dan sikap yang baik), sehingga ke hari ini tidak pernah kedengaran kisah percintaan Shaheizy Sam dan mana-mana gadis di luar sana. Peminat setia Shaheizy Sam mungkin mengetahui yang pelakon ini pernah bercinta dengan Puteri Najuwa yang pernah popular menerusi drama Dari KL Ke Queenstown.
Namun sayangnya percintaan Shaheizy Sam dan Puteri Najuwa telah putus di tengah jalan dan sehingga ke hari ini apabila ditanya mengenai kewujudan kekasih baru, Shaheizy Sam sentiasa berkata yang dirinya ‘single’. 
Menariknya menerusi portal Murai baru-baru ini, dikatakan yang Shaheizy Sam telah menjalin semula hubungan cinta dengan Puteri Najuwa. Adakah cinta berputik kembali antara mereka?
Yang menarik perhatian Murai Batu pula bila dah stalk Instagram kan, terjumpa pula akaun Instagram bekas kekasih Sam, Putri Najwa yang sama berlakon dalam Dari KL Ke Queenstown tidak lama dulu.
Hmmm bukankah Sam asyik berkata dia single dan solo? Atau sebenarnya dia hanya bermain wayang atau apa sebenarnya? Iyalah, entri yang dimuatnaik Wawa itu turut disokong dengan komen yang melabelkan individu yang bakal menyambut hari lahir tidak lama lagi itu adalah Sam.
Murai Batu bukanlah apa, kalau bercinta semula pun kenapa tak mahu kongsi sahaja perasaan itu dengan semua. Mesti ramai yang doakan anda berdua, si Putri Najuwa atau Wawa itu pun cantik paras rupa.
Di Instagram milik Wawa itu juga ada terdapat dua foto yang menampilkan seorang lelaki berpegang tangan dengan wanita yang difahamkan adalah Wawa. Timbul persoalan adakah itu Sam? Bagaimana pula dengan foto jari jemari bersentuhan itu? Ooopsss!
shaheizy sam dan puteri najuwa

sumber: Beautifulnara

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog