Friday, 5 September 2014

Tindakan Pemuda Yahudi Ini Sangat Berani


Ratusan mangsa Holocaust yang terselamat dan keturunan mereka menandatangani sepucuk surat yang disiarkan sebagai iklan dalam akhbar New York Times bagi mengutuk pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin di Gaza.\

Mereka juga menggesa orang ramai supaya memboikot sepenuhnya Israel. Menurut surat itu, mereka terdorong melakukan kecaman berkenaan selepas aktivis politik dan profesor Yahudi Elie Wiesel membeli iklan di media massa utama seluruh dunia untuk menuduh Hamas sebagai pembunuh kanak-kanak.


Wiesel juga membandingkan kumpulan pejuang Palestin itu dengan Nazi. Surat ditandatangani 327 Yahudi mangsa Holocaust itu ditaja Rangkaian Antarabangsa Yahudi Antizionis dan mereka menganggap Elie menodai sejarah untuk menghalalkan serangan Israel ke atas Gaza.



Surat itu menyatakan: “Kami meluat dan marah terhadap memanipulasi sejarah oleh Elie Wiesel bagi menghalalkan usaha Israel memusnahkan Gaza dan membunuh lebih 2,000 warga Palestin yang kebanyakannya kanak-kanak. Tiada apa boleh mewajarkan pengeboman ke atas tempat perlindungan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, rumah, hospital dan universiti. 

Tiada alasan untuk menyekat bekalan air dan elektrik ke atas Palestin.” Rangkaian Antarabangsa Yahudi Antizionis turut menyalahkan Amerika Syarikat kerana membantu Israel dalam operasi di Gaza tindak-tanduk mereka melindungi negara Yahudi itu daripada dikecam.


“Penghapusan bangsa bermula dengan kesenyapan dunia,” kata surat itu.





Surat berkenaan diakhiri dengan gesaan supaya Israel menghentikan sekatan ke atas Gaza dengan serta-merta serta penegasan supaya kezaliman itu ditamatkan sepenuhnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog