Friday, 5 September 2014

Cerita Sebenar Gadis Kejam Pijak Kucing Sampai Mati Pakai Kasut Tinggi


Seorang wanita dengan nama samaran Amoyy Mongek telah mencetuskan kemarahan orang ramai setelah memuat naik gambar seekor kucing yang dipijak kononnya dia yang melakukan perkara tersebut disebabkan kucing itu telah mencuri ikan di dapur.

Caption bagi gambar tersebut berbunyi: 

"Pagi pagi dah buat orang marah, curi ikan di dapurrr, ni makan dia mampos kau kucingg,, binatang bodoh"

Bagaimanapun melihat kepada gambar, penulis teringat pula pada satu ketika dulu kecoh juga di laman sosial berkenaan gambar seekor kucing telah dipijak dengan kasut bertumik tinggi. Selain itu nama samaran Amoyy Mongek sebenarnya tidak asing lagi dengan status yang tidak disenangi oleh masyarakat. Sebelum ini nama tersebut juga ada memuat naik status yang menghina mangsa MH17.

Jadi berdasarkan carian google terhadap gambar kejam kucing dipijak berkenaan telah menunjukkan ia dilakukan oleh seorang wanita warganegara China dan pernah viral di laman sosial pada tahun 2009 yang lalu.

Dipercayai akaun Facebook Amoyy Mongek ini adalah palsu. Tidak tahulah apakah motif individu ini yang sering kali memuat naik status yang sengaja menarik perhatian orang ramai kerana perkara negatif. - SiakapKeli.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog