Monday, 1 September 2014

Bimbang riuak punca mengapa Ummi Nazeera tidak bertemu media

Selepas tamat pengajiannya Ummi dilihat lebih banyak melibatkan diri dalam aktiviti agama dan tidak tampil di suratkhabar atau televisyen untuk bercerita perkembangan hidupnya. Hanya baru-baru ini sahaja Ummi Nazeera mula membuka mulut dan berkongsi detik-detik perubahan dalam hidupnya yang bermula di Melbourne, Australia.
Menerusi portal Murai baru-baru ini, Ummi Nazeera memaklumkan punca utama dirinya enggan ditemuramah oleh mana-mana media mengenai penghijrahannya adalah kerana bimbang timbul perasaan riak di dalam diri. Kata Ummi:-
Selama ini bukan saya sengaja untuk tidak mahu berjumpa dengan rakan media. Saya ada alasan saya sendiri. Saya tahu bila orang tengok perubahan pada penampilan saya, mereka suka dan saya sudah tentunya sangat gembira.
Tetapi kenapa saya jarang keluar adalah saya masih belum selesa serta yakin perubahan ini adalah disebabkan kemahuan sendiri atau sebab lain. Pada saya jika saya terus menerus keluar dan bercerita mengenai penampilan saya ia seperti menyimpang daripada niat saya dan bimbang akan menjadi riak.
Kerana itu saya mencari dulu waktu yang sesuai dan setelah saya rasa yakin ini yang saya mahukan, barulah saya boleh bercerita dengan anda semua tentang penghijrahan saya ini.
ummi nazeera

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog