Sunday, 31 August 2014

Budak berang ta dapat tonton kartun nyaris bahayakan nyawa

Foto
Guizhou (China): Seorang kanak-kanak yang berang dengan bunyi bising yang mengganggu rancangan kartun ditontoni bertindak memotong tali abah-abah digunakan seorang pekerja rencam yang sedang melakukan pembaikpulihan.
Liu Mai sedang menggunakan gerudi pada tembok apartmen berkenaan di tingkat lapan dan terkejut apabila melihat Tang Chu, 10, menggunakan pisau untuk memotong abah-abah digunakannya di beberapa aras di atasnya. 
“Saya sedang memasang lampu keselamatan dan tiba-tiba terasa abah-abah digunakan bergerak. 

“Alangkah terkejut saya apabila melihat budak itu memotongnya. Saya menjerit namun tidak dihiraukannya... Memang pengalaman itu terlalu ngeri,” katanya.

Dia terpaksa mengharungi detik cemas selama 40 minit dengan hanya satu tali sementara rakan sekerja berusaha menariknya ke tempat selamat.

Jurucakap bomba berkata, kanak-kanak itu tidak berfikir panjang kerana berang apabila tidak dapat mendengar rancangan kartun kegemarannya di televisyen. 

Bapanya Tang Peng berkata anaknya sudah memohon maaf atas kejadian itu selain menggantikan abah-abah mangsa. 

“Saya juga duduk berbincang dengan anak saya itu dan memberitahunya betapa teruk sikapnya sehingga membahayakan nyawa seseorang,” katanya. - Agensi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog