Thursday 5 March 2015

VIDEO: Gaya Pemanduan Warga Malaysia Yang Tersendiri Merbahaya!

Image result for malaysian bad driving


SELAIN India yang sentiasa kelam-kabut dengan cara pemanduan mereka di jalan raya, Malaysia juga terkenal dengan gaya memandu tersendiri.

Tak percaya, tontonlah sendiri video di bawah yang merakam gelagat serta tabiat orang kita ketika memandu di jalan raya.


Kalau dilihat, boleh dikatakan setiap hari ada sahaja gaya pemanduan yang merbahaya dipraktikkan di jalan raya. Tak tahu kenapa mereka ini memandu dengan laju dan kelam-kabut. Nak tunjuk pro ke? Nak balik rumah cepat ke? Selalunya di lebuh raya sering ada pemandu-pemandu yang bahaya ini.

Patutlah kemalangan di negara ini meningkat dari tahun ke tahun kan?

Cuba kalau semua orang ikut etika pemanduan sebetulnya, pasti kadar kemalangan jalan raya di negara ini dapat dikurangkan. Patut diingat. Memang nampak seronok apabila memandu dengan laju di lebuh raya. Tapi kita mestilah fikirkan juga keselamatan pengguna jalan raya yang lain. Kemalangan boleh berlaku tanpa dijangka. Jadi berhati-hatilah.

Jom kita tengok, kemudian anda nilailah sendiri.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog