Thursday 5 March 2015

10 Penyakit Paling Pelik Di Dunia


Kalau kita terjumpa manusia yang menghidap penyakit macam ini, jangan la pula kita sindir, hina dan pulaukan.

Mereka pun manusia biasa macam kita, cuma bahagian yang diorang terima tu saja yang berbeza daripada kita.

Kadang-kadang penyakit macam ini berpunca daripada masalah keturunan, genetik atau pun bawaan. Itu yang nampak sesetengah penyakit kelihatan pelik, jijik dan menggelikan.

Kalau nak tahu apa jenis penyakit yang pelik-pelik tu, jom layan kat bawah ni..


Progeria




Penyakit dimana seseorang akan nampak lebih tua dari umur dia yang sebenar. Berpunca daripada kejanggalan genetik yang ekstrem.

Tree Bark Skin Disorder




Juga dikenali sebagai 'Epidermodysplasia Verruciformis'. Berpunca daripada virus human papilloma (HPV) yang tersebar di luar kawalan. Kes paling popular adalah kes Dede Koswara, warga Indonesia yang digelar 'Tree Men'. Dalam Discovery Channel pernah diceritakan tentang dia.

Lion Face Syndrome




Dikenali sebagai 'Leontiasis ossea'. Berpunca daripada pertumbuhan luar biasa pada wajah dan tengkorak.

Porphyria The Vampire Disease




Berpunca daripada komplikasi neurologi atau masalah kulit (atau kedua-duanya sekali).

Werewolf Syndrome




Dikenali sebagai 'Hypertrichosis' atau Ambras Syndrome. Berpunca daripada mutasi genetik dan boleh terjadi sejak lahir atau selepas dari itu.

Proteus Syndrome




Dikenali sebagai Wiedemann's Syndrome dan berpunca daripada mosaicism genetik. Menyebabkan pertumbuhan kulit yang cepat dan perkembangan tulang atipikal, serta diiringi tumor lebih setengah badan..

Neurofibromatosis




Berpunca daripada warisan genetik di mana tisu saraf tumbuh menjadi tumor yang boleh menyebabkan kerosakan yang serius disebabkan pemampatan saraf dan tisu-tisu lain.

Polydactylism




Dikenali sebagai 'Hyperdactyly'. Berpunca daripada kejanggalan genetik yang menyebabkan pertumbuhan jari-jemari yang berganda bilangan.

Lamrey Disease




Berpunca daripada jangkitan parasit yang tinggal di dalam air dan sering ditemui pada ikan. Di Malaysia kita belum pernah mendengar lagi pasal penyakit ini.

Elephantiasis




Berpunca daripada penyakit atau podoconiosis yang menyebabkan penebalan kulit dan tisu asas, terutamanya di bahagian kaki dan alat kelamin lelaki.

sumber

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog