Wednesday 4 March 2015

Tasha Shilla Umumkan Sudah Putus Dengan Kekasihnya Hans?


Desas-desus ini pastinya menggembirakan hati para jejaka yang menyimpan perasaan kepada pelakon jelita, Tasha Shilla. Umum mengetahui yang Tasha sedang bercinta dengan seorang jejaka bernama Hans. Hubungan mereka tidak disorokkan malah Tasha mengakui sedang merancang untuk berkahwin tahun ini dengan jejaka tersebut. Malah khabarnya Tasha dan Hans kedua-duanya sudah pun menghadiri kursus perkahwinan yang merupakan syarat wajib kahwin di Malaysia untuk mereka yang beragama Islam.


Tasha Shilla Putus Cinta, Batal Kahwin? - ROTIKAYA20150303_0892

Namun menurut laporan MalaysianGazette, Tasha Shilla dan Hans dilaporkan sudah pun putus cinta. Perhubungan mereka tamat kerana perbezaan agama. Malah di dalam temuramahnya bersama portal tersebut, Tasha memaklumkan yang masih lambat untuk dirinya bergelar seorang isteri.


Semoga kedua-dua Tasha Shilla dan Hans tabah dalam mengharungi perpisahan ini. Rugi je berpisah lepas bertahun- tahun tapi mungkin ada masalah yang mereka berdua sahaja yang tahu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog