Sunday, 4 January 2015

Penderma Mengada, Batal Derma Sebab Taknak Gabung Duit Dengan Penderma Lain


Tak sangka dalam perihal sumbangan banjir, masih ada individu yang suka menambahkan beban pihak sukarelawan dengan permintaan bukan-bukan.
Individu yang kami maksudkan bukanlah mangsa banjir, tetapi pihak yang bercadang untuk menderma.
Salah seorang sukarelawan, Mohd Faizul telah berkongsi cerita di akaun Facebooknya mengenai sikap seorang individu yang boleh dikategorikan sebagai banyak ‘songeh’.
resit
Kalau minta resit sebagai bukti pembelian barang sumbangan, mungkin boleh dipertimbangkan lagi.
Yalah, kadang-kadang ada pihak yang risau wang yang didermakan tidak digunakan dengan sebaik-baiknya.
Tapi yang tak boleh tahannya, individu tersebut tidak mahu duitnya digabungkan dengan duit penderma yang lain sekaligus menyebabkan dia membatalkan hasratnya untuk menderma.
Amboi, sudahlah sukarelawan bertungkus-lumus membeli barang keperluan, mengasing, membungkus, dan memunggah ke dalam kereta atau lori, nak kena layan pula permintaan orang macam ni.
Kalau takut sangat duit itu tidak digunakan ke jalan yang betul, apa kata anda beli sendiri barang ataupun turun terus ke lokasi banjir. Kan senang? 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog