Tuesday, 6 January 2015

Pasangan Penagih Bengong Terperangkap 2 Hari Dalam Almari Yang Tidak Berkunci

AMBER (kanan) dan Arwood sejurus selepas ditahan polis.

Daytona: Dua penagih dadah menghabiskan masa dua hari terperangkap dalam almari yang mereka percaya dikunci sehingga polis membebaskan mereka dan mendapati almari itu sebenarnya tidak pernah berkunci.

Amber Campbell, 25, dan John Arwood, 31, memecah masuk ke Pusat Marin dan Sains Alam Sekitar di Daytona, Florida dan memasuki almari itu untuk menghisap dadah.

Selepas khayal, pasangan itu dipercayai terlupa cara untuk keluar dari almari itu dan terperangkap selama dua hari sebelum mereka akhirnya menelefon polis, kelmarin.

Polis yang pergi ke bangunan itu menemui almari tempat pasangan itu bersembunyi kerana bau najis yang amat busuk.

Almari itu penuh najis dan air kencing pasangan berkenaan. Polis juga menemui beberapa peralatan menghisap dadah di dalamnya.

Dalam keterangannya kepada polis pasangan itu berkata, mereka dikejar orang yang tidak dikenali selepas menceroboh pusat berkenaan menyebabkan mereka menyorok di dalam almari itu. -Harian Metro

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog