Tuesday, 6 January 2015

Emma Maembong Minta Putus Hubungan Dari Zizan Razak?


Tidak lama dahulu, desas-desus keretakan hubungan Emma Maembong dan Zizan Razak telah pun diterbangkan oleh angin sepoi-sepoi bahasa. Namun ia telah dinafikan oleh pasangan merpati sejoli ini. Kedua-duanya turut berkongsi gambar mereka berdua di akaun Instagram masing-masing dan meminta para peminat agar tidak mempercayai desas-desus tersebut. Kali ini, sekali lagi, status hubungan mereka menjadi tanda tanya. Khabar angin yang bertiup kencang menyatakan bahawa Emma Maembong telah meminta kepada Zizan Razak untuk diputuskan hubungan mereka.


Menurut satu artikel di Utusan Malaysia, Emma telah memohon agar hubungan dengan Zizan tidak diteruskan kerana dirinya kini berada di dalam fasa menenangkan diri. Malah Emma turut dilaporkan telah pergi bercuti ke luar negara bersama rakan-rakan untuk mengubati hatinya yang luka. Punca perpisahan? Tidaklah pula diketahui. Namun desas-desus ini diperkuatkan apabila Emma berkongsi bait-bait lagu Already Gone nyanyian Kelly Clarkson di Instagramnya.


Hanya Emma dan Zizan sahaja yang tahu kesahihan desas-desus ini. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog