Tuesday, 6 January 2015

(VIDEO)SERAMM: Misteri Kematian Elisa Lam Yang Masih Belum Diselesaikan

Mayat Elisa Lam ditemui di dalam salah satu tangki air di atas bumbung bangunan Hotel Cecil, Los Angeles.

SEHINGGA hari ini, misteri kematian pelajar Universiti Vancouver, Elisa Lam pada Januari 2013 di Hotel Cecil, Los Angeles di Amerika Syarikat masih belum terungkai.
Mayatnya ditemui dalam satu daripada empat tangki tertutup di atas bumbung bangunan hotel itu, dua minggu selepas dia dilaporkan hilang oleh ibu bapanya.



Penemuan itu susulan rungutan penghuni hotel yang mengadu air paip yang keluar berbau hanyir dan mengandungi ketulan-ketulan hitam.

Pekerja bahagian penyelenggaraan yang dihantar oleh pihak pengurusan hotel kemudiannya terkejut apabila menemui mayat Elisa yang tenggelam di dalam tangki itu.

Persoalannya, bagaimana gadis itu boleh naik ke bumbung hotel sedangkan hanya pihak tertentu yang memiliki kad akses sahaja boleh melepasinya?

Andaian bahawa Elisa berada di bawah pengaruh dadah juga tidak benar selepas ujian dilakukan ke atas mayatnya.

Ramai masih tertanya-tanya mengenai kelakuan pelik Elisa pada malam sebelum dia dilaporkan hilang menerusi rakaman kamera pengawasan.

Gadis itu seolah-olah ingin melarikan diri daripada seseorang dengan masuk ke dalam lif.

Namun, percubaannya untuk menutup pintu lif tidak berjaya kerana ia langsung tidak tertutup.

Elisa Lam dirakam seolah-olah cuba melarikan diri daripada seseorang, namun pintu lif tidak dapat ditutup.

Elisa kemudiannya keluar dari lif dan dilihat seolah-olah bercakap dengan seseorang sebelum beredar.

Dua tahun selepas kematiannya, ramai mengaitkan kematian gadis itu dengan ‘badi’ beberapa kejadian pembunuhan dan juga bunuh diri yang pernah berlaku di hotel itu sejak tahun 1927.

Hotel Cecil juga pernah menjadi markas pembunuh bersiri yang merompak, merogol dan membunuh 13 mangsanya di salah sebuah bilik di situ sebelum diberkas.

Biarpun kes Elisa diklasifikasikan sebagai kemalangan, pihak berkuasa masih tidak dapat menjawab pertanyaan dengan siapa dia berbicara di luar lif pada hari kematiannya selepas dua tahun berlalu. Wallahu a’lam…


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog