Tuesday 24 February 2015

VIDEO: Pemandu Lori Kurang Ajar Halang Ambulans Jalan di Lorong Kecemasan






GERAM pula rasanya tatkala menonton rakaman video yang mula viral di laman sosial ini.

Apa tidaknya, sudahlah pemandu lori ini memandu di lorong kecemasan dan menghalang laluan ambulans, dia juga enggan menukar laluan biarpun siren sudah dibunyikan.

Pendek kata, pemandu ini dilihat sengaja mahu tunjuk perangai samseng di jalan raya.

Rata-rata pihak yang menonton video ini meminta supaya pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pemandu lori dengan nombor pendaftaran WYH2244 itu.

Agaknya, kalau dah tertangkap nanti, masih sanggup ke nak tunjuk perangai ‘pailang’ tu?

Bukan sekali perkara ini berlaku, semenjak-menjak ini makin banyak pemandu lori yang memandu sewenangnya di atas jalan raya sehingga nyaris membahayakan nyawa pemandu kereta yang lain. Diharap pihak berkuasa akan menjalankan siasatan bagi mengelakkan perkara yang sama berulang.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog