Wednesday 25 February 2015

Lisa Surihani Enggan Ulas Mengenai Dia Hamil Kembar


Spekulasi kehamilan anak kembar Lisa Surihani telah menyebabkan satu Malaysia tidak duduk senang hari ini. Semuanya excited dan tumpang gembira sekiranya berita tersebut adalah benar. Tambah menarik, rupa-rupanya Lisa Surihani dilahirkan bersama kembar. Malah keturuan pelakon jelita itu juga ada kelahiran kembar. Itu bermakna memang ada peratusan untuk Lisa Surihani menimang cahaya mata kembar.

Walaupun desas-desus ini sedang bertiup kencang, Lisa Surihani enggan membuat sebarang pengumuman atau pengesahan. Kata Lisa:-


Kalau betul Alhamdulillah tapi kenyataan itu bukan saya yang buat, bagi pihak saya lebih baik kami tidak umumkan apa-apa. Saya terima apa juga yang Allah kurniakan dan saya harap orang ramai juga mendoakan yang baik-baik untuk kami.

Saya dilahirkan sebagai kembar, begitu juga ayah dan sepupu saya. Saya harap semua orang hormati keputusan kita, jika saya tidak mahu berkongsi tentang sesuatu sudah pasti ada sebab tertentu dan masa yang tidak sesuai. Tapi saya rasa Yusry ada bagi hint dalam Instagram dia semalam tentang perkara ini.


Di bawah ialah gambar yang dimuatnaik oleh Yusry semalam. Berdasarkan ayat yang ditulis oleh Yusry, kemungkinan besar spekulasi kembar tersebut adalah tidak benar.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog