Friday 27 February 2015

Bekas Peserta American Next Top Model Ditemui Mati Ditembak


BEKAS peserta program pencarian model America’s Next Top Model (ANTM) musim ke-21, Mirjana Puhar, 19, teman lelakinya, Jonathan Cosme Alvarado, 23, dan seorang rakan mereka, Jusmar Isiah Gonzaga-Garcia, 21, ditemui mati ditembak di kediaman mereka di North Carolina, Amerika Syarikat, semalam.


Seorang suspek, Emmanuel Jesus Rangel, 19, berjaya diberkas pihak polis dan ditahan di bawah tiga kesalahan membunuh dengan niat.
Suspek, Emmanuel Rangel.

Pihak polis mengesyaki serangan ini adalah disebabkan masalah pengaruh dadah yang membelenggu suspek.

Daripada siasatan, pihak polis mendapati suspek dan mangsa saling mengenali dan Mirjana dilaporkan baharu sahaja berpindah masuk ke rumah teman lelakinya baru-baru ini.

Mirjana, model kelahiran Serbia muncul dalam ANTM musim ke-21 yang dihoskan supermodel terkenal, Tyra Banks, Ogos tahun lalu namun tersingkir pada episod kesepuluh.

Keluarga Mirjana berhijrah ke Amerika ketika Kosovo dilanda krisis peperangan di kala usianya baharu sahaja mencecah lima tahun. 

mynewshub.my

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog