Thursday 26 February 2015

VIDEO: Pasangan Korea Jatuh 'Ditelan' Di Laluan Pejalan Kaki Di Stesen Bas


MENERUSI satu rakaman CCTV yang mula viral di laman YouTube, sepasang warga Korea Selatan dilihat melalui detik cemas apabila ‘ditelan’ oleh laluan pejalan kaki.

Dalam kejadian yang berlaku di Seoul itu, pasangan itu pada mulanya dilihat turun dari sebuah bas.


Namun sebaik sahaja mereka memijak bahagian jubin yang kelihatan timbul, ia terus runtuh menyebabkan kedua-duanya jatuh pada kedalaman 10 kaki.

Pihak penyelamat yang dihubungi segera ke tempat kejadian untuk membantu pasangan tersebut keluar dari lubang.

Mujurlah kedua-duanya hanya mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan.

Hasil siasatan awal mendapati lubang yang terbentuk di bawah jubin itu mungkin berpunca daripada pembinaan pangsapuri 39 tingkat di kawasan berhampiran.

Laluan itu kini ditutup untuk kerja pemeriksaan oleh pihak berkuasa. 



mynewshub.my

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog