Tuesday 24 February 2015

Tiada Sesiapa Pun Yang Hadir Ke Majlis Hari Jadi Kanak-Kanak Autistik Ini, Sehingga..


RUNTUN hati seorang ibu apabila tiada seorang pun rakan sekolah anaknya yang merupakan kanak-kanak autistik hadir pada majlis hari jadi kanak-kanak tersebut yang keenam, 8 Februari lalu di St. Cloud, Florida.

Ashlee Buratti, 25, sebelum itu telah menjemput 16 rakan anak lelakinya, Glenn, namun tiada siapa memberikan pengesahan untuk hadir ke majlis itu.


“Sebaik sahaja Glenn bangun daripada tidur, dia terus bertanya berapa lama lagi rakan-rakannya akan tiba,” katanya memetik laporan Mail Online.

Jawapan yang diterima daripada ibunya amat mengecewakan sehingga kanak-kanak itu mengalirkan air mata.

Sedih melihat reaksi anaknya, Ashlee meluahkan kekecewaan menerusi page Facebook,Osceola Rants, Raves and Reviews List menerusi status berbunyi:

“Saya tahu mungkin perkara ini agak bodoh untuk diperkatakan, tetapi hati saya begitu sedih mengenangkan anak saya. Kami menjemput semua rakan kelasnya ke majlis hari jadinya yang keenam. Tapi tiada seorang pun yang hadir.”


Sebaik sahaja status tersebut dibaca oleh ahli page tersebut, mereka bertanya jika mereka boleh membawa anak-anak mereka menghadiri majlis tersebut.

Status itu juga tersebar hingga sampai ke pengetahuan pihak Pejabat Sherif Daerah Osceola yang kemudiannya meminta alamat keluarga Ashlee dan menghantar beberapa pegawainya dengan menaiki helikopter.


Glenn yang sememangnya meminati pasukan penguatkuasa ternyata sangat teruja dengan kehadiran mereka, begitu juga kanak-kanak lain yang datang ke majlis Glenn di saat akhir bersama ibu bapa mereka.

“Ia sangat mengagumkan. Bila difikirkan semula, segalanya terjadi kerana tiada siapa hadir di majlis hari jadinya. Terima kasih..terima kasih,” ujar Ashlee dengan nada terharu.




Police And Firefighters Come Out To Celebrate 6 Year Old's Birthday (12 pics)

Police And Firefighters Come Out To Celebrate 6 Year Old's Birthday (12 pics)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog