Thursday 12 February 2015

(VIDEO) Lelaki Pukul Wanita Di Tengah Jalan, Kemudian Dia Dipukul Orang Awam


Di suatu kawasan yang tidak diketahui di China, tersebar video di mana semasa dalam kesesakan jalan seorang lelaki dan teman wanitanya yang menaiki motor telah melanggar motor seorang wanita yang sedang cuba untuk melintas jalan.


Lelaki itu kemudiannya berhenti dan pergi ke wanita yang dilanggarnya kemudian bertindak memukul wanita itu. Tak tahu punca lelaki itu pukul wanita yang dilanggarnya. Mungkin marah kerana motornya menjadi cacat, atau nak tunjuk 'macho' depan teman wanitanya. 

Teman wanita lelaki itu pula hanya membiarkan sahaja wanita itu dipukul di hadapan pengguna jalan raya yang lain. 

Tidak berapa lama kemudian kawasan itu dikerumuni orang awam yang lain. Beberapa orang cuba untuk menghalang lelaki itu dari memukul wanita tersebut. Dek kerana nak sangat pukul perempuan itu, lelaki itu dipukul beramai-ramai oleh orang awam yang berada di situ..

Itulah, nak tunjuk kuat sangat..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog