Tuesday 10 February 2015

Pelik Dan Kelakar.. Hari Tanpa Seluar Di Luar Negara!



Seluar merupakan salah satu fesyen yang begitu berkembang pesat, baik untuk wanita mahupun lelaki. Tetapi keberadaannya begitu penting dalam melaksanakan aktiviti sehari-hari, baik itu sekolah, kerja, atau bersukan.

Tetapi bagi mereka yang tinggal di negara-negara barat, memakai seluar boleh menjadi sesuatu yang menyusahkan. Oleh itu, setiap tarikh 11 Januari setiap tahun, sebahagian orang akan melepaskan seluar-seluarnya.


Mereka akan bekerja sehari-hari seperti biasanya tanpa mengenakan seluar. Adakah anda melihatnya sebagai sesuatu yang aneh atau unik? Tetapi yang pasti, mereka kelihatan tidak takut apabila melakukan aktiviti tanpa seluar.

Entah dari mana asalnya, tetapi tradisi ini sudah bermula sejak tahun 2002 di New York. Mereka yang mengikuti tradisi ini biasanya berasal dari sebuah komuniti tertentu, yang memang tidak kekok untuk melakukannya.

Baik lelaki mahupun wanita, semuanya melakukannya. Dalam foto-foto, mereka juga kelihatan berada di keretapi, dan tempat-tempat awam lain tanpa menggunakan seluar.

Kini komuniti ini semakin tersebar di pelbagai negara, seperti Switzerland, Kanada, London, Milan dan tentunya Amerika. Mereka saling berkongsi foto tentang satu hari aktiviti yang dilakukannya tanpa seluar.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog