Tuesday 10 February 2015

10 Gajet Selfie Yang Pelik Dan Kreatif!

1. Selfie Hat
Selfie Hat- topi merah jambu yang besar, berkilau dan terang dengan tablet yang tergantung sekali dengannya(Acer Iconia A1-840). Disertakan dengan bekas tablet dengan topi di atasnya.


2. Pembakar Roti Selfie

(plus $75). Burnt Impressions will then make your custom selfie toaster in about a week. (Source)
Nak makan roti dengan imej diri sendiri? Sekarang boleh dengan Pembakar Roti Selfie. Tapi sesiapa yang mahukan roti selfie perlu menghantar gambar dengan resolusi tinggi kepada syarikat yang membuat pembakar roti ini. Selepas seminggu baru lah dapat selfie muka sendiri pada roti.


3. Baby Selfie App

Aplikasi ini direka untuk bayi-bayi merakamkan gambar selfie pertama mereka. Bagaimana? Aplikasi itu akan mengeluarkan sejenis permainan di mana haiwan akan ditunjukkan dalam skrin untuk menarik perhatian bayi. Kemudian kagu akan dimainkan dan secara automatik gambar bayi akan diambil.


4. Belfie Stick

Belfie tidak jauh beza dari monopod di mana monopod digunakan untuk mengambil gambar selfie secara luas manakala belfie pula digunakan untuk mengambil gambar kita dari belakang. Tujuannya hanyalah untuk orang-orang dapat menunjukkan aset belakang badan sahaja.


5. Selfie Drone

The Nixie digunakan untuk merakam gambar atau video yang menarik semasa kita melakukan apa-apa aktiviti seperti memanjat gunung, bermain layang-layang atau semasa menggayuh basikal. 
The Niie bermula sebagai gelang yang agak besar, tetapi boleh dibuka menjadi quadcopter kecil selepas anda melakukan isyarat yang mudah dengan pergelangan tangan anda. Dalam teori, sebaik sahaja The Nixie berlepas daripada pergelangan tangan anda, ia akan tahu di mana anda berdiri, snap gambar atau video, dan kemudian kembali kepada anda seperti bumerang supaya anda tidak hilangkannya



6. 3D Printed Mayonnaise Selfie

Pembuat mayonis Hellmann mencipta pencetak 3D yang boleh melukis gambar selfie anda ke atas buger menggunakan mayonis. Syarikat itu menyediakan pencetak 3D mayonis itu di dalam trak makanan dan sesiapa sahaja boleh mendapatkannya. Caranya cume mengambil gambar anda dengan menggunakan telefon pintar, kemudian mereka akan menghantar imej itu ke pencetak 3D yang mana akan melukis gambar selfie ke atas buger.

7. Selfie Brush

Ia merupakan bekas Iphone dengan cermin di bahagian hadapan dan berus di bahagian belakang. Apa keistimewaannya? Tak ada! 


8. Selfie Mirror

SELFIE merupakan cermin yang mengambil gambar penggunanya dan memuatnaik gambar itu ke Twitter.
SELFIE, ataupun "Self Enhancing Live Feed Image Engine menggunakan kabinet dengan cermin dua hala yang diletakkan di pintu, seperti pintu kabinet di bilik air. Penggunanya hanya nampak cermin biasa, tetapi apabila pintu itu dibuka terpampang kuasa peranti yang menggunakan teknologi yang menghidupkan alat itu. 
Untuk mengambil gambar, pengguna hanya perlu berdiri di depan cermin dan senyum.

9. Selfie Shirt

Ia merupakan kemeja yang direka untuk nampak menarik dalam selfie. Baju ini direka utnutk menunjukkan kebanyakan dari aktiviti grafik yang tertumpu di leher, bahu, dan  bahagian atas dada. Keistimewaan? Tak ada!

10. GripSnap

GripSnap merupakan monopod magnetik yang akan melekat pada mana-mana permukaan yang metal dan akan memegang telefon anda sementara anda mengambil gambar selfie. Ianya sesuai digunakan dengan GoPro, Iphone, Android, kamera, dan mana-mana telefon dengan bentuk yang berbagai.
GripSnap mempunyai daya magnetik yang sangat kuat dengan tub yang fleksibel dan boleh dibengkokkan kepada posisi kesukaan anda. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog