Tuesday 10 February 2015

Masyarakat Islam Di India Sambut Perayaan Seakan-Akan Thaipusam?


Penganut Hindu di Malaysia baru sahaja minggu lepas menyambut Perayaan Tahipusam. Ketika perayaan yang penuh dengan warna-warni itu boleh lihat penganut Hindu mengangkat kavadi dengan tubuh mereka dicucuk dengan pelbagai objek tajam.

Menurut kepercayaan mereka, ia adalah bagi menunjukkan kesetiaan kepada Dewa Murugan.

Bagaimanapun, satu amalan yang seakan sama dengan perayaan itu turut disambut oleh masyarakat Islam di Ajmer, Rajstan, India iaitu Festival Urs.

Festival Urs merupakan acara yang disambut setiap tahun pada setiap bulan Rejab bagi memperkenangkan tarikh ahlu Sufi Moinuddin Chishti.

Upacara tahunan ini biasanya mengumpulkan seramai 400,000 pengamal ajaran Sufi Chishti dari seluruh dunia.

Apa yang seakan-akan sama antara Festival ini dengan Perayaan Hindu tersebut adalah pada kemuncak Festival Urs terdapat perarakan aksi mencocok mata dengan pisau sehingga terkeluar dan mencucuk tubuh dengan objek tajam.

Bagi mereka, ia adalah menunjukkan tahap keimanan mereka kepada umum.







Walaubagaimanapun, Islam yang sebenarnya tidak membenarkan penganutnya melukakan diri sendiri walaupun untuk menyambut apa-apa perayaan. Jadi diharap tidak ada penganut Islam yang mahu melakukan perkara ini terhadap diri sendiri.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog