Tuesday 9 September 2014

Peminat Mahu Jihan Terus Mengacara AF2014 Dengan Zizan

Semalam telah pun berlangsung konsert pertama Akademi Fantasia 2014. AF2014 kali ini mungkin boleh mengembalikan kegemilangan yang pernah dikecapi oleh program realiti ini satu ketika dahulu. Ada pelajar-pelajar yang mempunyai bakat dan dengan Datuk Hattan dilantik sebagai Pengetua AF2014, kemungkinan besar bakat mereka dapat diasah dengan lebih tajam.
af2014
Apa yang mencuri perhatian para penonton AF2014 kali ini ialah gandingan Zizan dan Jihan sebagai pengacara. Ternyata ia satu percaturan yang menarik, mencuit hati dan membuatkan penonton melekat di kaca televisyen. Sayangnya pada penghujung rancangan, kejutan telah dilakukan oleh pihak produksi AF2014. Jihan disingkirkan dan tempatnya akan digantikan oleh Faizal Ismail (FBI).
af2014
Seperti yang kita ketahui FBI sebelum ini sinonim dengan program-program terbitan Media Prima. Ini satu percaturan yang agak menarik. Namun keserasian antara Zizan dan Jihan telah menyebabkan banyak peminat kecewa. Ramai yang mahukan Jihan terus kekal mengacara. Antara komen-komen menarik yang telah diluahkan di Facebook Akademi Fantasia ialah:-

af2014
Nampaknya belum pun memulakan tugasnya, Faizal Ismail sudah pun mempunyai cabaran untuk membuktikan pemilihannya tidak silap. Bukan satu tugas yang mudah untuk mengubah persepsi orang yang ramai yang sudah menggemari gandingan Zizan dan Jihan.
af2014
sumber: beautifulnara

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog