Monday 8 September 2014

Gadis Singapura Yang Jatuh Bogel Dari Tingkat 7 Meningal


Sebelum ini, kami pernah menyiarkan berita tentang seorang gadis yang jatuh dari tingkat 7 di singapura. Maklumat terbaru, gadis tersebut telah meninggal dunia semalam.

Menurut laporan, the real singapore, dia mengalami kecederaan pada hampir semua organ dalamannya selepas jatuh dalam keadaan bogel sekaligus menyebabkan tubuhnya membengkak dan koma.

Sebelum ini,beliau terselamat tetapi mengalami kecederaan parah.Mangsa  telah ditemui oleh orang awam di kaki lima Blok 431 tanpa seurat benang dengan darah yang mengalir di kepalanya. Bagaimanapun, salah seorang penduduk menutup tubuh badannya dengan kain sementara menunggu kedatangan ambulans untuk menghantarnya ke Hospital Khoo Teck Puat.

Abang mangsa berkata beliau pada ketika itu sedang tidur dan hanya mengetahui adiknya terjatuh setelah dimaklumkan oleh pihak polis yang datang ke rumahnya. Malahan , mangsa yang masih belajar di sebuah institut pengajian swasta itu tidak mempunyai sebarang masalah.


sumber: umfaboulus

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog