Monday 8 September 2014

David Teo tenang, Minta Wawa Zainal Dan Suami Berjumpa di Pejabat Berbincang

Baru-baru ini, Wawa Zainal dan suaminya Aeril Zafril telah mengeluarkan status yang mendakwa pihak MIG telah mencuri kereta mereka dan meminta memulangkan balik  baju dan dokumen-dokumen kerja yang ada di dalam kereta itu. Walaubagaimanapun, David Teo tenang orangnya.Tak ada nak kecoh-kecoh sebaliknya hanya berharap kedua-dua bekas anak didiknya ini hadir ke pejabat dan berbincang secara ikhlas.
mejar david teo
Baiklah Aeril dan Wawa luangkan masa sekejap dan pergi bertemu David Teo. Bincang apa masalah sebenarnya. Pihak MIG pun dah tunjukkan geran kereta dan memang betul kereta tersebut adalah milik syarikat. Menariknya lagi ketika kereta tersebut ditemui oleh pegawai, didapati ada baju dalam milik Aeril dan Wawa sedangkan ketika itu mereka berdua belum berkahwin lagi. Hmmmmm.
baju wawa dan aeril
Nampak jelas ketenangannya ketika menghadapi kemelut ini. Kata David Teo:-
Saya rasa hairan & sedih kenapa saya sering menjadi mangsa keadaan apabila timbul isu-isu seperti ini. Bermula dengan isu menyembunyikan hal perkahwinan dan nikah 2 kali yang menurut mereka disebabkan takut kepada saya, sedangkan itu tak sepatutnya berlaku kerana mereka patut takut kepada TUHAN, bukan saya.
Malah, saya bersama beberapa staf MiG pernah bertanya kepada Wawa Zainal sendiri beberapa kali mengenai hubungannya bersama Aeril Zafrel kerana ianya tidak perlu disembunyikan, supaya pihak syarikat boleh mengatur perjalanan kerjaya Wawa mengikut kesesuaian namun segala hubungan dengan Aeril Zafrel dinafikan sendiri oleh Wawa Zainal di hadapan kami.
Pihak syarikat sendiri pernah menghantar surat rasmi (pada 12 Februari 2014) menjemput Wawa Zainal datang ke pejabat untuk menyelesaikan urusan kerja, projek terbaru & kereta tersebut, sekiranya Wawa Zainal benar ingin membeli kereta tersebut dari pihak syarikat, namun surat tersebut telahpun dibalas oleh Wawa Zainal (pada 18 Februari 2014) dengan setegas & sekerasnya mendakwa Wawa Zainal kini keluar dari pengurusan MiG untuk bergerak sendiri & Wawa Zainal tiada kena mengena, tidak perlu dicari & dihubungi lagi oleh pihak pengurusan walaupun Wawa Zainal masih ada kontrak dengan MiG sehingga 2015.

wawa zainal

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog