Thursday 12 June 2014

PERBICARAAN PENUH PADA 30 SEPTEMBER, RITA RUDAINI TUNTUT NAFKAH TERTUNGGAK LEBIH RM100,000


Sekitar bulan April lalu, Aidil Zafuan memberitahu mahkamah bahawa dia hanya mampu membayar RM2,000 sebulan sahaja kepada Rita Rudaini untuk menanggung segala keperluan Airit Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Qaqa Arjuna, 3.

Maka, ramailah pihak yang memberi komen pedas kerana menganggap bahawa Aidil seakan-akan mahu mengelak daripada melunaskan tanggungjawabnya. Iyalahkan, katanya gaji Aidil sebagai kapten pasukan Johor Darul Takzim (JDT) agak lumayan.

Terkini, menerusi laporan Berita Harian, Rita telah memfailkan tuntutan nafkah tertunggak lebih RM100,000 kepada bekas suaminya itu yang merangkumi kos bayaran rumah, makan minum, pakaian dan barangan asasi lain.





Aidil Zafuan dikatakan memperolehi pendapatan lumayan sebagai kapten pasukan JDT


“Jumlah terbabit dikira bermula dari tarikh Aidil keluar daripada rumah mereka di Kota Damansara sejak Januari 2012, meninggalkan Rita serta dua anak mereka.”

Peguam Rita, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain, berkata hakim turut menetapkan 22 September ini sebagai tarikh pengesahan afidavit dan dokumen.

Bagaimanapun, mereka berdua tidak hadir ketika prosiding berlangsung dan hanya diwakili peguam masing-masing.

Tarikh perbicaraan penuh telah ditetapkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Mawardi Che Man, pada 30 September depan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog