Saturday 14 June 2014

Pekerja syarikat keselamatan 'terbang' dari van

Foto
Temerloh: Dua pekerja syarikat keselamatan yang dalam perjalanan pulang selepas menghantar wang di sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM), maut selepas tercampak keluar dari van mereka naiki yang bertembung dengan sebuah kereta Mercedez Benz, di Kilometer 5 Jalan Temerloh-Mentakab, dekat sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.57 petang, pemandu van, Muhammad Hazrul Ab Rahman, 25, dari Taman Sri Semantan, dekat sini, bersama penumpang, Abdul Latip Mohamad, 45, dari Taman Temerloh Jaya Indah, dekat sini, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera di kepala dan dada.
Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Mohd Anuar Othman berkata, pemandu kereta Mercedez Benz, Lim Kuang Kiat, 67, dari Taman Bukit Bendera, Mentakab, dekat sini, yang juga ejen insurans meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAH), di sini, kira-kira jam 6.05 pagi, semalam.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kedua-dua kakitangan keselamatan itu dikatakan dalam perjalanan hendak pulang ke Sonsang dari Mentakab selepas menghantar wang di mesin ATM.
Katanya, sebaik tiba di tempat kejadian, Muhammad Hazrul dipercayai hilang kawalan dan terbabas masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah kereta Mercedez Benz.
sumber Metro

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog