Saturday 14 June 2014

Neelofa sudah putus dengan Hans Isaac

Nampaknya semua lelaki kat Malaysia ni bersorak gembiralah lepas dapat tahu yang selebriti pujaan ramai, Neelofa sudah tidak bersama lagi dengan kekasihnya, Hans Isaac. 
Sebelum ini Hans Isaac ada memaklumkan yang dia bakal berkahwin pada hujung tahun ini. Nampaknya bakal isteri Hans bukanlah Neelofa. Menerusi Harian Metro hari ini, Neelofa berkata:-
Saya tidak mahu terus dibayangi nama Hans Isaac dan memberikan harapan kepada sesiapa sedangkan hubungan kami sudah putus sejak awal Februari lalu.
Kami kini hanya kawan dan segala spekulasi mengenai bakal berkahwin hujung tahun adalah tidak benar sama sekali.
Justeru saya berharap tidak ada lagi cerita membabitkan soal cinta antara kami berdua.
hans isaac neelofa
Pasangan ini dikatakan mula bercinta sejak dua tahun lepas namun kedua-duanya menafikan perkara tersebut. Walaubagaimanapun, semoga mereka akan mendapat jodoh dan kebahagiaan masing-masing.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog