Monday 9 June 2014

GURU ROGOL MURID DI GOMBAK



Seorang guru mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Selayang terhadap dua tuduhan merogol seorang murid sekolah tiga tahun lalu.

Kejadian pertama berlaku ketika mangsa berusia 11 tahun.

Bagi tuduhan pertama, Mohd Ezlie Azram Mohammad Khasasi, 35 tahun didakwa merogol seorang murid di sebuah rumah di Taman Aman Siara, Gombak.

Kesalahan didakwa dilakukan pada jam 3 petang, 3 Disember 2011.

Bagi tuduhan kedua, Mohd Ezlie didakwa merogol mangsa yang sama ketika mangsa berusia 13 tahun 4 bulan di tempat yang sama pada bulan Ogos 2013.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan membawa hukuman penjara 20 tahun dan rotan.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 17 Julai ini sementara mendapatkan laporan perubatan.

Hakim Ahmad Fairuz Mohd Fuzi membenarkan tertuduh, Mohammad Ellie Azam dibebaskan dengan ikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin.

Sebagai syarat tambahan, tertuduh diarah melaporkan diri di Balai Polis Selayang pada minggu pertama setiap bulan.

sumber TV3

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog