Monday 15 December 2014

(GAMBAR&VIDEO)Kumpulan Pelancong China Yang Buat Kecoh Di Dalam Pesawat Air Asia Akan Dikenakan Tindakan


Satu kumpulan pelancong dari China yang membuat huru hara di dalam pesawat Air Asia dengan memcurah air panas kepada pramugari dan mengancam untuk meletupkan pesawat akan dihukum dengan setimpal, kata pihak berkuasa China.


"Kumpulan itu mengganggu penerbangan pesawat, mencederakan penumpang lain dan telah memburukkan imej orang China", kata Pentadbiran Pelancongan Nasional China.

Bagaimanapun, jenis hukuman yang bakal dikenakan tidak disebut, tetapi antara cadangan yang diberikan adalah menghukum agensi pelancongan yang terbabit dan menyenarai hitam individu-individu yang terlibat.

Menurut laporan dari seorang pengguna Weibo yang berada di dalam penerbangan tersebut, pesawat terpaksa berpatah balik selepas satu pasangan China mengasari seorang pramugari, mengancam untuk melompat keluar dari kapal terbang dan meletupkan pesawat.

Pengguna itu juga menceritakan kejadian bermula dengan seorang wanita berusia 20 tahun dari Nanjing, yang duduk berasingan dari teman lelakinya, mencurahkan air panas kepada seorang pramugari yang menghantar mee segera untuk wanita tersebut.

Menurut laporan dari BangkokPost, kejadian berpunca kerana pasangan itu tidak berpuas hati kerana mereka diletakkan ditempat duduk berasingan dalam pesawat itu. Difahamkan pasangan itu adalah dari satu rombongan pelancongan dan bukannya membeli tiket secara persendirian. Oleh kerana itu tempat duduk mereka diatur mengikut abjad.

Lebih memburukkan keadaan, teman lelaki wanita berkenaan mengancam untuk meletupkan pesawat manakala wanita terbabit pula mengancam mahu membunuh diri.

Pesawat yang sudah menempuh separuh perjalan ke China itu terpaksa berpatah balik ke Thailand hanya kerana perlakuan kumpulan terbabit. Bagaimanapun, kedua-duanya tidak mahu keluar dari pesawat tersebut.

Mereka akhirnya dikeluarkan dari pesawat tersebut secara paksaan. Gambar kejadian telah dirakamkan oleh penumpang pesawat lain yang dikongsikan di laman web weibo -Siakapkeli.com.my








sumber: siakapkeli.com.my


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog