Thursday 2 October 2014

Sah Tulang Manusia



Juru: Khabar angin mengenai wanita mati dibakar teman lelakinya ternyata benar apabila Pakar Patologi Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) Datuk Dr Zahari Noor mengesahkan serpihan tulang ditemui di Kampung Tok Keramat adalah tulang manusia.

Polis juga mengesahkan menemui beberapa serpihan tulang yang terbakar hasil pencarian dilakukan di kawasan berhampiran rumah wanita yang dilaporkan dibunuh dan dibakar teman lelakinya.


Ketua Polis Daerah Sebarang Perai Tengah (SPT) Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor berkata, berikutan itu pihaknya kini sedang mengesan suspek juga teman lelaki mangsa.

"Tumpuan kini adalah untuk mengesan suspek berkenaan bagi membantu siasatan.


"Kami sebelum ini menerima maklumat mengenai kejadian ini daripada orang awam," katanya.

Difahamkan, mangsa adalah pengusaha kedai runcit dikenali sebagai Intan berusia lewat 20-an.

Usaha pencarian saki baki tulang berkenaan sedang diteruskan membabitkan unit forensik, anjing pengesan (K-9) dan pasukan penyelam Pasukan Polis Marin (PPM).


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog