Thursday 2 October 2014

Raisyah Rania Dikecam Peminat Kerana Ambil Gambar Sejadah






Pelik juga dengan cara pemikiran sesetengah orang yang tak habis-habis terus membuat penilaian terhadap saudara baru kita, Raisyyah Rania Felixia.


Setiap foto yang dimuat naik oleh gadis itu seringkali menjadi medan kritikan bagi mereka yang sengaja mencari kesalahan dalam setiap gerak-geri Felixia, termasuklah soal penampilan dan ibadahnya.


Terkini, foto Felixia yang mahu menunaikan solat pula menjadi bahan perdebatan pengikut Instagramnya. Kata mereka, Felixia solat di hujung waktu?


Mungkin caption yang ditulis oleh Felixia itu sedikit sebanyak mendorong para pengikutnya untuk membuat anggapan sedemikian rupa.


Kita tak tau sama ada Felixia memilih untuk solat sebaik sahaja masuk waktu atau di hujung. Jadi, tak adil rasanya kalau kita menuduh selebriti ini sengaja melewat-lewatkan solat. Tapi tak salah jika teguran dibuat dengan cara yang berhemah.






Bagaimanapun, ada juga individu yang memberi kenyataan balas terhadap mereka dan mengatakan bahawa Felixia masih lagi baru dalam mendalami agama Islam.


Kami turut bersetuju dengan pendapat yang diutarakan. Tidak semua orang sempurna, apatah lagi Felixia yang masih setahun jagung bergelar sebagai seorang Muslim.






Credit - Pahang2day

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog