Friday 26 September 2014

25 Perempuan Yang Terpelik Dan Unik Di Dunia

1. Perempuan Kaki Terpanjang di Dunia


Svetlana Pankratova memiliki kaki terpanjang di dunia seperti mana yang tercatat dalam New Guinness Book of World Records. Panjang kakinya adalah 132cm. Dalam pic yg kat bawah tu adalah Mr Pingping yg mana adalah lelaki terkecil di dunia kini.

2. Noorsyaidah, Perempuan Berdawai Besi yang Tumbuh Dari Badan

Noorsyaidah ni adalah pengasuh bayi yang berasal dari Indonesia ni dikatakan memiliki dawai besi yang sepanjang 10-20 cm yang didapati tumbuh dari dalam badannya. Menurutnya lagi, wayar yang tumbuh dalam badannya tu dah tumbuh sejak 20 tahun lalu lagi. Menurutnya juga, walaupun sudah berulangkali dia potong dawai besi tersebut, ia tetap tumbuh sebulan kemudian

3. Wanita Tua Dari Belanda yg Menelang Cutlery (Sudu & Garpu)


Beberapa pakar bedah terkejut apabila melihat X-rays seorang perempuan tua dari Blanda menunjukkan 78 jenis cutlery berada pada dalam perut perempuan yg berumur 52 tahun.Nama wanita ni Margaret Daalman. Katanya dia sendiri tidak tahu kenapa jadi macam ni, Tetapi menurutnya dia tidak dapat menahan diri sendiri apabila melihat garfu dan sudu.

4. Perempuan bertanduk, bertatu, dan mencucuk badan dengan benda tajam.


Gelarannya adalah La Negra bagi wanita ubahsuai ini. Dia memiliki tanduk, tatu, tindikan dan lidah bercabang. Walaupun penampilannya sebegini, menurut ibu dari Argentina masa skolah dulu, keluarga dia memang tidak setuju dengan apa yang dia buat, tapi dia tidak dapat nak menolak dengan obsesi penampilan anehnya ini .

5. Masih terlalu muda?? Inilah wanita tertua di dunia

Pada umur 130 tahun, Sakhan Dosova, dari Kazakhstan ini percaya untuk menjadi perempuan yang tertua hidup dalam masyarakat dunia, dan dia ni dah meninggalkan jauh pesaing dia di mana 16 tahun lebih tua.

6. Perempuan Rambut Terpanjang Di dunia

Perempuan yang memiliki rambut terpanjang di dunia ni dipegang oleh Xie Qiuping dari China iaitu sepanjang 5.627 m (18 kaki 5.54 inci) dan direkodkan pada 8 May 2004. Rambutnya itu disimpan sejak tahun 1973 sejak umur 13 tahun lagi. Katanya, dia tiada niat pun nak potong rambutnya.

7. Perempuan Dengan Pinggang Teramping di Dunia

Cathie Jung’s memiliki pinggang kurang daripada 15 inci sahaja. Katanya untuk jadi sekecil ini, dia dah memakai corset sejak berumur 12 tahun lagi. 

8. Perempuan dengan kuku terpanjang di dunia

Lee Redmond dari US ni dikatakan sudah tak potong kukunya sejak tahun 1979 lagi dan sejak rekod ini diukur pada saat tu, panjang kukunya dah mencecah 8.65 meter. Dah la kuku panjang, dressing pun tak ingat dunia, Entah macam mana la bau kuku dia ni, beribu2 kuman bersarang tu.

9. Perempuan dengan lidah terpanjang di dunia

Budak sekolah dari German ni namanya Annika Irmler dah menjilat rekod dalam Guinness Book of Records dengan lidahnya yang sepanjang 7cm. 

10. Perempuan yang paling banyak bertindik di dunia

Pada 9 Ogost 2001, Elaine Davidson dari Edinburgh, dah pecahkan rekod dunia dengan bertindik sebanyak 720 penindik. Sebenarnya dia dah pecah rekod dunia pada tahun 2000 lagi bila Guinness World Records telah mendapati dia memiliki 462 penindik yang didapati di beberapa tempat di badan dan termasuk 192 tempat di mukanya.


11. Perempuan yang badannya paling fleksibel di dunia

Norkulunga Buthelezi, juga dikenali sebagai “Perempuan Ular” adalah dikatakan perempuan yang memiliki badan paling feksible di dunia. Bakatnya itu ditemui dalam Dutch talent show


12. Mata terkeluar yang paling lebih di dunia

Kim Goodman dari US, boleh mengeluarkan biji matanya dgn jarak 12 mm (0.47 in). Ukuran ini diambil di Istanbul pada 2 Nov 2007 dan telah mengalahkan kaum lelaki yang memiliki keupayaan seumpamanya.

13. Emak Paling Mini

Tingginya hanya 3 kaki 9 inci sahaja, Karina White sebelum ini diberitahu bahawa dia tidak mampu untuk jadi seorang emak dengan ketinggiannya ini dan berkemungkinan dia tak mampu untuk mengandung dan melahirkan anak. Bagaimanapun, wanita 33 tahun ini membuktikan dakwaan doktor-doktor yang menasihatkan dia terbukti salah apabila dia mampu untuk melahirkan bayi yang sihat pada minggu yang ke 33.

14. Perempuan paling tinggi di dunia

Yao Defen dari China, bercita-cita untuk menjadi perempuan paling tinggi di dunia ini bagi mengalahkan rekod dari The Guinness Book of World Records iaitu perempuan yang berasal dari iaitu Sandy Allen, ketinggian yang di catatkan adalah 7’9? (236.2cm).

15. Perempuan terkecil di dunia

Perempuan terkecil di dunia ni hanya berukuran 79cm je pada umur 19 tahun. Namanya Zhu Haizhen, dari China, Rekodnya dah tercatat dalam the Guinness World Records sebagai perempuan dewasa yang terkecil di dunia dengan beratnya hanya 10kg.

16. Perempuan Kembar Siam paling lama hidup di dunia


Abigail dan Brittany Hensel direkodkan sebagai perempuan kembar siam yang paling lama hidup di dunia ini. Mereka ni bukan sahaja berkongsi badan, mereka juga mampu bermain bola tampar dan pergi berenang sama-sama. Bukan itu sahaja, mereka juga mampu memandu kereta bersama-sama. 

17. Perempuan paling kuat di dunia

Jaguh angkat berat Korea Selatan ini namanya Jang Mi-ran dikira sebagai remaja perempuan yang paling kuat di dunia dengan mengangkat berat seberat 275lb, Jang telah memenangi pingat emas dalam pertandingan angkat berat di Olympics Beijing dalam kelas super-heavyweight dan memecahkan semua rekod dunia pada masa itu.

18. Ibu Paling Tua di dunia

Omkari Panwar, 70, dari India menjadi pemegang rekod ibu yang paling tua di dunia apabila melahirkan kembar 2. Katanya “Jika saya jadi ibu yang paling tua di dunia tak memberi apa-apa makna, dan saya hanya ingin melihat bayi ini dan menjaganya pada saat saya terdaya ini."

19. Perempuan paling pantas meliukkan badannya

Leslie Tipton bejaya menempah kedudukannya di Guinness Book of Records dengsn menjadi orang yang paling pantas meliukkan badannya keluar dari beg dengan tempoh hanya 13.31 saat sahaja.

20. Perempuan yang paling banyak habiskan duit untuk Pembedahan kosmetik

Cindy Jackson memegang rekod orang paling banyak buat pembedahan kosmetik di dunia apabila lebih 30 kali prosedur pembedahan termasuk keseluruhan wajahnya

21. Perempuan paling banyak bertatu di dunia

Nenek pelik ini, Isobel Varley, sudah pecahkan rekod dunia apabila menjadi perempuan yang paling banyak bertatu dalam planet ini. Nenek ini dah merantau seluruh dunia semata-mata nak menunjuk-nunjuk tatunya tanpa motif.

22. Orang Paling Kuat Bertempik di dunia

Jill Drake, dari Tenterden, Kent telah memegang rekod bertempik paling kuat di dunia. Setelah melawat Millennium Dome, baru dia sedar yang dia mampu bertempik dengan begitu kuat sekali. apabila diukur kekuatan tempikannya itu dia terkejut apabila mencecah 129 decibels, di mana lebih kuat dari orang biasa.

23. Perempuan yang payudaranya terbesar di dunia.

Norma Stitz Nee Annie Hawkins-Turner dari Georgia ini berbangga apabila memiliki payudara paling terbesar di dunia seperti dalam gambar di atas ini. Berat payudaranya dalam ukuran lbs adalah 28 lbs pada tahun 1999 dan ia terkandung dalam The Guinness Book of World Records meletakkan namanya sebagai perempuan yang memiliki payudara terbesar di dunia.

24. Perempuan yang bercakap paling pantas di dunia

Fran Capo adalah orang paling pantas bercakap di dunia apabila ia mampu bercakap sebanyak 603.32 perkataan dalam tempoh 54.2 sesaat sahaja atau 11 perkataan sesaat. Dia kiranya dah memecahkan rekod ini sebanyak 2 kali apabila rekod pertamanya dicatatkan dalam ”Larry King Live Show pada 5 Mac 1986 apabila dia bertutur sebanyak 585 bilangan perkataan perminit dan kali kedua di Guinness Museum di Vegas. 

25. Perempuan terpantas di dunia Florence Griffith Joyner,

FloJo sudah memegang rekod 100 meter perempuan sejak 16 Julai 1988 lagi. Lariannya pada masa tu adalah selama 10.49 sesaat dan sehingga kini tiada siapapun yang mampu menandinginya lagi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog