Tuesday 23 September 2014

Siti Nurhaliza Tegur Shila Hamzah dan Peminat Fanatik

Nampaknya kontroversi Shila Amzah dengan media Melayu yang tercetus baru-baru ini turut mendapat perhatian penyanyi nombor 1 Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza. Umum mengetahui yang Datuk Siti mempunyai hubungan yang sangat baik dengan semua media terutamanya media Melayu. Sejak kemunculannya, tak pernah Datuk Siti memberikan komen yang kurang baik terhadap apa jua jenis liputan yang telah diberikan kepadanya oleh para media.
 Memberi pendapat mengenai kontroversi yang melanda Shila Amzah, Datuk Siti menasihatkan penyanyi muda itu supaya berfikir lebih panjang sebelum membuat apa-apa kenyataan. Kata Siti:-
Siti sebagai kakak kepadanya di dalam industri, dia perlu sentiasa berfikir panjang dulu dengan sebarang tindakan yang dibuat. Artis dan media saling memerlukan. Mungkin apa yang berlaku ini, dia terlepas pandang. Kalau bukan dia yang tulis kenyataan sebegitu atau ada orang lain menulis pun, kena banyak kali fikir sebelum memuat naik sesuatu di laman sosial. Hal ini membabitkan artis dan media. Di mana dia bermula pun dengan bantuan rakan media
Malah Siti juga turut sama menegur segelintir peminat fanatik Shila Amzah selepas dirinya difitnah. Kata Siti:-
Siti sedar ada peminat fanatik yang tidak berfikir panjang dengan membuat andaian sebegitu. Siti sudah lali dengan keadaan begini. Memang ada masa peminat mahu mempertahankan artis kesayangan mereka dengan apa cara sekalipun.
Cuma dalam isu membabitkan Shila (Amzah) ini, Siti tak seronok apabila andaian yang dibuat peminatnya boleh mendatangkan fitnah. Siti komen balas itu sebagai peringatan dan teguran buatnya
Semoga Shila Amzah menerima teguran daripada Datuk Siti Nurhaliza ini. Anggaplah ia teguran seorang penyanyi senior kepada penyanyi junior. Memang betul apa yang dikatakan oleh Datuk Siti. Penyanyi dan media saling memerlukan. Kalau bergaduh, penyanyi juga yang rugi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog