Sunday 21 September 2014

10 Pembunuh Bersiri Paling Kejam Di Dunia

Kebanyakan daripada pembunuh bersiri mencapai kepuasan setiap kali melakukan pembunuhan dan kerana itulah pembunuhan yang mereka lakukan tidak terhenti setiap kali mereka melakukannya.

Ada pula yang melakukannya atas desakan kepuasan seksual tapi walau apa pun jawapan disebalik tindakan kejam mereka, yang pasti perbuatan mereka tetap salah dan kejam.

Berikut ialah antara 10 orang pembunuh bersiri paling kejam pernah dicatatkan dalam sejarah.


Wayne Williams




Wayne Williams menjadi sangat terkenal dengan gelaran 'Atlanta Child Murderer' ataupun 'Pembunuh Kanak-kanak Atlanta'. Dia telah membunuh seramai 29 orang kanak-kanak di Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat di antara tahun 1979 hingga 1981, hanya dalam tempoh dua tahun sahaja. Dia telah dijatuhkan dua hukuman penjara seumur hidup walaupun sehingga ke hari ini tidak mengaku bersalah atas tuduhan tersebut.

Dean Coril





Dean Coril bersama-sama dengan rakan penjenayahnya yang lain, David Brooks dan Elmer Henly, telah bersama-sama membunuh sekurang-kurangnya 27 orang kanak-kanak dan remaja lelaki berusia diantara 9 hingga 21 tahun. Mangsa mereka telah dirogol, dibunuh dan kemudiannya dikubur di Houstan, Texas. Dean sendiri kemudiannya telah ditembak oleh Elmer Henly. Pada tahun 1976, Elmer telah dijatuhkan hukuman penjara selama 99 tahun manakala David Brooks pula dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.

John Wayne Gacy





Pada tahun 1978, John Wayne Gacy telah mengaku melakukan pencabulan dan pembunuhan terhadap 33 orang lelaki dimana 28 orang daripadanya telah ditanam dibawah rumahnya sendiri. John kemudiannya mengaku tidak bersalah dengan alasan tidak siuman namun semua alasan itu telah ditolak oleh mahkamah. Selepas 14 tahun iaitu pada tahun 1994, John akhirnya dijatuhkan hukuman mati melalui suntikan maut.

Gary Ridgway





Pada tahun 80an, Gary Ridgway telah membunuh seramai 50 orang wanita di Washington, Amerika Syarikat termasuk di Seattle dan Tacoma. Malah, dia juga telah melakukan serangan seksual terhadap mangsa-mangsanya sebelum mencekik dan menjerut mereka. Dia turut dikenali sebagai 'Green River Killer' dan pada tahun 2003, Gary akhirnya dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup sebanyak 48 kali.

Moses Sithole





Moses Sithole ialah seorang pemuda dari Afrika Selatan yang telah yang telah merogol seramai 40 orang wanita dan telah membunuh 38 orang daripadanya hanya dalam tempoh dua tahun dari tahun 1994 hingga 1995. Dia juga menderita penyakit AIDS dan telah dijatuhkan hukuman penjara selama 2,410 tahun dalam penjara.

Gerald Stanos





Gerald Stanos telah membunuh seramai 42 orang dan kebanyakan daripada mangsa-mangsanya ialah pelacur dan pengembara. Gerald akan membunuh mangsanya dengan cara menembak, menikam dan mencekik mereka. Pada tahun 1998, dia akhirnya dijatuhkan hukuman mati menerusi kerusi elektrik maut.

Andrei Chikatilo





Andrei Chikatilo ialah seorang berbangsa Rusia telah membunuh seramai 52 orang wanita dan kanak-kanak diantara tahun 1978 sehingga 1991. Dia akhirnya dijatuhi hukuman mati dengan ditembak di belakang kepalanya.

Bruno Ludke





Bruno Ludke ialah seorang lelaki berbangsa Jerman yang telah membunuh kira-kira 85 orang wanita. Dia akan merogol mangsanya dan mencekik sebelum membunuh mereka. Pada tahun 1943, Bruno akhirnya berjaya ditangkap dan pada tahun 1944, dia telah dijatuhkan hukuman bunuh melalui suntikan maut.

Henry Lee Lucas





Henry Lee Lucas telah terlibat dalam kira-kira 100 kes pembunuhan walaupun mengikut pengakuannya, dia telah membunuh lebih 3,000 orang. Selain dirinya sendiri, Henry juga mempunyai rakan jenayah yang dikenali sebagai Ottis Toole dimana Ottis telah membantu Henry melakukan semua pembunuhan tersebut. Pada tahun 1998, Henry akhirnya dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup tetapi pada tahun 2001, dia meninggal dunia di dalam penjara. Sebab kematian atas sebab semulajadi.

Pedro Alonso Lopez





Pedro Alonso Lopez merupakan pembunuh bersiri paling bahaya dalam sejarah pembunuh bersiri di dunia. Dengan jumlah mangsa mencecah lebih 300 orang, dia turut dikenali dengan nama 'Monster of Andes'. Menjelang tahun 1978, dia telah membunuh seramai 100 orang wanita orang asli di Peru. Namun apa yang paling mengejutkan ialah, dia tidak pernah disabitkan diatas semua kesalahan membunuh tersebut walaupun telah melakukan semua perbuatan kejam itu secara terang-terangan.

-Sentiasapanas.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog