Monday, 2 March 2015

Zamarul Hisham Sahkan Sudah Bercerai Dengan Diana Rafar

15 Januari lalu, Diana Rafar telah pun memfailkan penceraian terhadap suaminya, Zamarul Hisham. Berita ini ternyata mengejutkan para peminat yang menganggap pasangan ini adalah pasangan bahagia. Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba rumah tangga mereka berantakan. Terbaru, Zamarul Hisham telah pun mengesahkan yang sebenarnya dirinya dan Diana Rafar telah pun bercerai talak satu pada tarikh yang sama. Mereka bukan lagi suami isteri.


zamarul hisyam dan diana rafar ceraiAda desas-desus perhubungan mereka retak kerana orang ketiga namun ia telah dinafikan oleh Zamarul Hisham dan Diana Rafar sendiri. Hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki bernama Kashfi Haiqal.Kata Zamarul:-
Memang tiada apa yang perlu diselindungi lagi. Memang kami sudah sah bercerai Januari lalu. Cuma apa yang berlaku ada hikmah. Terlalu peribadi untuk bercerita setiap inci butiran. Saya tidak mahu mengaibkan orang atau menyalahkan sebelah pihak saja. Apatah lagi memenangkan diri sendiri untuk hal berbangkit. Cukup orang tahu kami bercerai pada tarikh itu. Mungkin masing-masing ada kekhilafan sendiri yang terlepas pandang…perlu diubah.
Saya ibaratkan perceraian ini satu cara bermuhasabah diri. Insya-Allah berkat doa peminat yang sentiasa mendoakan kami ia umpama satu semangat. Komen positif yang diterima, Insya-Allah hubungan kami rasanya masih kuat lagi.
Saya tak melihat rumah tangga kami ini di tahap sudah melalui kegagalan. Ia bagi saya ibarat ujian untuk masing-masing belajar mengenai kesilapan. Saya mengaku ada buat silap. Macam saya cakap tadi, semua ini ada hikmah tersendiri.
Ia barangkali menjadi ruang untuk mengeratkan hubungan saya dengan dia serta anak kami. Barangkali juga untuk menjadikan kehidupan kami sebagai suami isteri lebih indah lagi selepas ini tanpa perlu ada isu yang tidak patut wujud.
Jika jodoh kami kuat dan dipanjangkan semula, Insya-Allah. Ini perkahwinan kedua saya selepas kegagalan perkahwinan pertama. Saya takut sebenarnya melalui fasa bercerai berai ini. Cukuplah yang kedua ini…tak mahu yang ketiga lagi.
Pening kepala saya memikirkan hal sebegini. Tapi benda sudah jadi, ia ujian untuk kita jadi lebih kuat. Usia saya ini lebih sesuai kepada aktiviti mendengar ceramah di surau atau melakukan penghijrahan diri.
Sejujurnya saya agak terkejut apabila berlaku perceraian ini. Insya-Allah selagi saya boleh pertahankan perkahwinan kedua ini semula, saya akan lakukannya. Terlalu ramai peminat kami dan peminat anak kami sendiri termasuk rakan wartawan yang mendoakan yang terbaik.
Apa yang terjadi membuka mata kami bahawasanya terlalu ramai yang menyayangi hubungan kami. Kalau ada berita gembira (merujuk semula) saya akan kongsi, tapi bukan sekarang. Diana pun selesa dengan situasi sekarang untuk bermuhasabah diri. Doakan kami.
Ditanya tentang kewujudan orang ketiga dalam perkahwinan mereka, Zamarul dengan panjang lebarnya menjelaskan:-
Sebenarnya wujud orang ketiga ini secara kebetulan. Bagi saya hal ini mudah. Saya sendiri suka berkawan dan memberi kebebasan kepada isteri juga dalam hal berkawan. Berkawan ini membuka penting untuk mewujudkan rangkaian perniagaan dan kerjaya seninya.
Cuma dalam erti kata berkawan. Ada kalanya kita tersalah percaturan bertemu kawan yang salah dan sebaliknya. Batas tetap ada batasannya. Jangan sampai melanggar batasan yang ditetapkan itu. Saya sejujurnya mengaku tak pernah berjumpa dia apatah lagi berurusan dengannya. Malahan saya tak pernah pun menghadiri majlis hari lahir anaknya. Iyalah masing-masing buat kesilapan cuma saya tak mahu menimbulkan spekulasi dan mengaibkan sesiapa.
Kita boleh jumpa bercakap secara lelaki dengan lelaki. Saya boleh jadi abang kepadanya dan mendengar versi cerita daripadanya. Saya kesal walaupun mempertahankannya dengan kenyataan menipu pembaca itu, dia masih tak muncul untuk bersemuka.
Saya sudah memujuk hingga menjatuhkan diri saya sebagai Zamarul Hisham. Benda sudah berlalu. Jika dia rasa haru memperbetulkan apa yang perlu, jumpa saya dengan baik. Jika dia rasa berdiam diri itu lebih baik, terpulang kepadanya
zamarul
Apa pun, Zamarul mengakui yang dirinya masih mencintai Diana Rafar. Malah berharap untuk kembali semula. Romantis juga kata-kata Zamarul ini. Semoga cinta mereka kembali bertaut. Kata Zamarul:-
Jika sayang itu sekadar percakapan semata-mata, mahu saya tulis pula perkataan sayang itu di merata tempat. Dia pun tahu saya terlalu sayangkan dia. Sebab itu, dia tahu saya masih berada di sini. Doakan kebahagiaan kami dan kesihatan. Rindu itu masih ada. Sayang memanglah masih sayang
Salam takziah buat Zamarul dan Diana atas penceraian ini. Semoga ada sinar untuk kembali bertaut. Sama-sama kita doakan. Sumber Berita Harian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog