Wednesday 4 March 2015

Ibu Yang Gilakan Perhatian Sanggup Membunuh Anaknya Sendiri Dengan Garam

Guilty: Lacey Spears, 27, pictured here in court today, was found guilty of killing her five-year-old son by poisoning him with salt
KENTUCKY – Kejam. Hanya kerana mahu mendapatkan perhatian, seorang wanita sanggup meracun anak lelakinya yang berusia lima tahun hingga mati dengan menggunakan garam berlebihan.

Wanita itu, Lacey Spears, 27, kini menerima akibatkanya apabila dia didapati bersalah hingga menyebabkan kematian Garnett-Paul Spears pada Januari tahun lepas. Hukuman ke atasnya akan diputuskan bulan depan.

Dia didapati memaksa anaknya mengambil garam berlebihan melalui saluran tiub ke dalam perut budak tersebut.

Garnett dimasukkan ke hospital pada 19 Januari tahun lepas selepas mengadu sakit perut.

Kanak-kanak malang itu kemudiannya meninggal dunia pada 23 Januari 2014 selepas tidak sedarkan diri. Dua bulan selepas itu, kematiannya diklasifikasikan sebagai dibunuh selepas doktor mengesan garam dalam sistem badannya.

Meskipun peguam bela Lacey menggambarkan wanita itu sebagai seorang ibu yang penyayang ketika anaknya sakit, namun pendakwaraya mendedahkan bagaimana Lacey menjadikan kesakitan anaknya itu untuk mendapatkan perhatian dan menulis blog. Di dalam rakaman CCTV yang diambil dari hospita menunjukkan Lacey membawa Garnett ke dalam tandas hospital dengan saluran tiub sebanyak dua kali dan Garnett jatuh sakit selepas itu.


“Dia sebenarnya mahukan perhatian daripada keluarga, kawan-kawan dan rakan sekerja.

“Motifnya adalah menakutkan tetapi ia berlaku,’’ kata pendakwaraya Patricia Murphy.

Dalam penghujahannya, Murphy memberitahu, Lacey membunuh budak itu kerana dia bimbang Garnet akan memberitahu orang ramai bahawa dia yang menyebabkan budak itu sakit dan tindakan yang diambil Lacey merupakan satu bentuk penderaan.

Berdasarkan laporan media, polis menemui dua beg mengandungi garam sebagai bahan bukti dalam pangsapuri Lacey, termasuk sebuah beg yang diberikan kepada rakannya untuk disembunyikan.

Salah satu beg berkenaan mengandungi garam yang bersamaan dengan 69 paket garam di restoran makanan segera McDonald.

Bukti lain pula menunjukkan Lacey telah melayari internet untuk mengetahui bahaya garam kepada kanak-kanak dan memuatnaik post-post mengenai kajiannya di dalam Facebook.

Walaupun tidak disebut di mahkamah mengenai penyakit dikenali sebagai Munchausen,namun pakar berpendapat, tindakan Lacey terhadap anaknya itu sama dengan simpton berkenaan.

Munchausen merupakan keadaan di mana penjaga kanak-kanak akan mencederakan kanak-kanak berkenaan secara senyap –senyap, bertujuan untuk mendapat simpati.

Liar: On her blog, (above) Spears posted emotional messages about the tragic death of Garnett's father. It was all a fake

Proud mom: Lacey wrote a blog of her love of her son and also his fight against his medical problems before his death in January 2014 

Conflicting versions: The defense insisted that Spears, pictured here February 3 weeping in court, seemed devastated by her son's death 

Something's awry: Garnett's doctors quickly became suspicious after detecting elevated sodium levels in his system when he was brought to a hospital in Westchester, New York, in January 2014 

The little boy's condition worsened and he died January 23 after falling into a coma





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog