Thursday, 3 July 2014

Umi marah sebelum 'pergi' bawa 2 adik

FotoTanah Merah: “Ketika kami terlupa mengangkat kain di ampaian semalam (kelmarin), Umi terlalu marah dan tidak pernah saya melihat dia berkelakuan garang seperti itu.
“Saya pun tidak tahu mengapa dan tidak sangka, itu kali terakhir kami dapat melihat Umi,” kata Ikram Ifi Ubaidullah, 13. 
Dia anak kepada Norsuzilawati Husin, 39, yang maut dalam kemalangan bersama dua anak lain, Irfan Azmi Qayyum, 12 dan Iqbal Haris Putra Ubaidullah, 5, selepas kereta dinaiki terbabas dan terhumban ke dalam sungai dalam kejadian di Sungai Rotan Air Tawar, Kampung Panglima Bayu, di sini, semalam. 

Dalam kejadian jam 12.40 tengah hari itu, ibu kepada tujuh anak yang juga seorang peniaga barang keperluan harian dipercayai membawa anaknya keluar berniaga dan dalam perjalanan dari Tanah Merah ke Jeli.
Bagaimanapun, sebaik tiba di kawasan itu, kereta Proton Iswara Aeroback dinaiki mangsa secara tiba-tiba terbabas ke kiri jalan sebelum terjunam ke dalam sungai.

sumber metro

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog