Thursday, 3 July 2014

Neelofa berhijrah kerana ikhlas, jujur dan rela

Bru-baru ini Neelofa sudah memberi kenyataan bahawa beliau akan mula berhijab bermula dari bulan Ramadhan.  Kalau sebelum ini Neelofa sekadar berhijab ketika menghadiri majlis-majlis tertentu, kini pelakon muda jelita ini akan bertudung sepanjang masa. Satu perubahan yang amat harus dipuji lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan ini.
neelofa kini bertudung Kata Neelofa menerusi Harian Metro mengenai penghijrahannya:-
Alhamdulillah, akhirnya apa yang saya inginkan selama ini dapat juga direalisasikan dengan sempurna. Walaupun pernah terbit rasa ragu, tapi inilah yang saya ingin dan bersyukur ruang itu diberikan dengan baik untuk saya berhijrah dan bertudung.
Bukan atas sebab lain atau sebarang perkara yang membuatkan saya membuat keputusan bertudung, sebaliknya memang sudah lama saya fikirkan soal ini. Tiada pihak yang mencadangkan, jauh sekali memaksa kerana penghijrahan ini ikhlas, peribadi, jujur dan rela.
Tak perlu saya kongsikan situasi atau apa yang membuatkan saya untuk berubah kerana biarlah ia kekal menjadi peribadi saya. Alhamdulillah pintu hati ini dibuka lebih awal buat saya. Insya Allah ini adalah diri saya sekarang dan Neelofa yang baru.
Saya berharap dan yakin peminat akan menerima saya seadanya, malah mereka adalah pemberi semangat buat saya. Saya sudah lama fikirkan untuk bertudung.
Sebab itu saya banyak hadir ke kelas-kelas agama, mengikuti kelas tafsir Al Quran dan banyak lagi kerana saya tidak mahu faktor sekeliling atau individu tertenu yang mengubah sebaliknya biarlah ilmu yang membawa saya kepada sebuah perubahan buat saya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog