Tuesday, 1 July 2014

Maut bertembung treler

Raub: Seorang lelaki maut selepas tersepit di tempat duduk apabila kereta Perodua Kancil dipandunya bertembung dengan sebuah treler membawa muatan kayu di Kilometer 363, Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu, pagi kelmarin.
Dalam kejadian jam 5 pagi, Mangsa, Muhammad Fakhrullah Jamalludin, 24, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala sebelum mayat mangsa dikeluarkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Raub.

Ketua Polis Daerah Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, siasatan awal mendapati, mangsa yang dalam perjalanan ke Raub dari Bentong cuba memotong sebuah kenderaan lain di hadapannya.
Menurutnya, pada masa sama, sebuah treler membawa muatan kayu yang dari arah bertentangan tidak sempat mengelak dan bertembung dengan kereta dipandu mangsa.

Katanya, akibat pertembungan itu, mangsa tersepit di tempat duduk pemandu dan meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan di kepala.

“Kemalangan itu berlaku kira-kira satu kilometer di sempadan Raub memasuki Bentong.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raub (HR) untuk bedah siasat dijalankan selepas dikeluarkan anggota Bomba yang mengambil masa hampir setengah jam,” katanya.

Menurutnya, pemandu treler itu berusia lingkungan 50 tahun hanya mengalami cedera ringan dan dibenarkan pulang selepas mendapatkan rawatan di Hospital Raub.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog