Monday, 16 June 2014

Tunang Indah af2013 beri sokongan pernglibatannya dalam dunia nyanyian

Indah, bekas pelajar Akademik Fantasia 2013 pernah digosipkan bercinta dengan pelakon Arja Lee. Tetapi sikit pun tidak menjejaskan hubungan antara Indah bersama tunang. Bergelar tunangan orang tidak langsung memberi tekanan kepada Indah dan tunangnya.


"Kami bertunang tahun lepas dan Alhamdulillah hubungan kami baik. Saya bersyukur mempunyai tunang sepertinya kerana dia amat memahami. Gosip yang melanda dahulu, dia tidak melatah malah bertanya pada saya. Dia tidak mendengar sebelah pihak sahaja".

Bekerja sebagai pengurus akauntan, Encik tunang tidak pernah menghalang penglibatan Indah dalam dunia nyanyian malah memberi sokongan sepenuhnya kepada Indah. Disebabkan itu mereka menangguhkan perancangan untuk mendirikan rumahtangga.

"Perancangan untuk berkahwin itu ada. Tetapi saya tak mahu terburu-buru. Saya ada karier dan begitu juga dia. Kami saling memahami. In Sha Allah ada jodoh bersatulah kami. Saya tidak mahu bercakap lebih-lebih. Ini semua kuasa Tuhan. Apa-apa boleh jadi".

Berjauhan dengan tunangnya, tidak bermakna mereka tidak selalu berjumpa. "Walaupun dia berada di Johor, kami sentiasa berhubung melalui telefon. Itu mendekatkan kami. Bohong kalau katakan saya tidak risau. Tetapi kepercayaan antara satu sama lain itu penting. Jangan hancurkan kepercayaan itu".

Dalam perkembangan lain, Indah dalam proses menyiapkan single keduanya. Mengimpikan untuk bekerjasama dengan komposer seperti Tam Spider dan Ag Coco, single dalam proses itu bergenre pop balada. Tetapi sebenarnya jiwa Indah ke arah genre soul jazz dan ingin sekali dia bekerjasama dengan komposer terkenal Roslan Aziz.

sumber ERA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog