Thursday, 19 June 2014

Bersemuka jika tidak puas hati- Nora Danish

Baru-baru ini Nora Danish telah dihentam dengan berbagai soalan oleh pihak media gara-gara benda yang dia sendiri pun tidak tahu. Semua bermula apabila ada akaun palsu yang menyamar menjadi ibu Fasha Sandha telah secara tidak langsung membabitkan namanya.
Isu ini timbul apabila Nora Danish sering berkongsi gambar dirinya bersama anak Nedim Nazri. Sindiran demi sindiran diberikan antaranya Nora Danish berangan-angan ingin berkahwin dengan lelaki golongan VVIP. Malah di pelancaran filem lakonannya baru-baru ini, ada soalan yang kelihatan mahu melaga-lagakan telah diajukan oleh seorang wartawan sehingga memaksa Nora Danish membuat kenyataan di bawah.
nora danishBagi Nora Danish, dirinya gemar berkongsi kebahagiaan yang sedang dikecapi menerusi Instagram dan tidak menyangka ia akan membuatkan orang lain terasa hati. Kata Nora Danish menerusi Mstar Online:-
Salahkah saya muat naik gambar anak mereka? Saya memang suka ambil gambar dengan budak-budak kecil, saya rasa itu tidak salah. Lainlah kalau saya ini perampas dan baru logik saya tidak boleh bergambar dengan anak dia. Mereka berpisah sebelum saya kenal rapat dengan Nedim.
Saya tidak pernah gaduh dan tidak pernah bertegur, saya tidak pernah buat kenyataan di media tentang dia atau keluarga dia pun. Saya tidak tahu mengapa ada pihak berbuat demikian kepada saya, mungkin mereka iri hati dengan kebahagiaan saya sekarang.
Saya suka gambarkan kebahagiaan saya di Instagram dan tidak tahu pula ia menjadi masalah kepada orang lain. Saya sangat terkejut dengan berita ini dan tidak sangka pula ada pihak yang tidak senang dengan kehidupan saya sekarang
nora danish

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog