Friday, 20 June 2014

Warga Indonesia ditemui mati dengan perut terburai

KUALA LUMPUR – Seorang buruh binaan ditemui maut dengan perut terburai dipercayai akibat diserang dengan menggunakan celoret di hadapan pondok pengawal sebuah kondominium di Jalan Kawi Besi, Sungai Besi dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, kejadian dipercayai berlaku pada pukul 9.45 pagi sewaktu mangsa yang merupakan seorang warga Indonesia berusia 28 tahun itu sedang menunggang motosikal secara berseorangan ke tempat kerjanya.
Ujarnya, sewaktu tiba di hadapan pintu pagar kondominium terbabit, sekumpulan empat lelaki yang menaiki dua buah motosikal telah menghampiri mangsa sebelum salah seorang daripada mereka melibas sebilah celoret ke arah mangsa sehingga menyebabkan perutnya terburai.
Celoret merupakan sejenis senjata tajam yang diperbuat daripada besi dan mempunyai bilah melengkung seperti sabit. Ia merupakan senjata yang lazim digunakan masyarakat Madura di Indonesia.
“Serangan itu menyebabkan mangsa terjatuh daripada motosikalnya. Seorang lagi penyerang terbabit kemudiannya turun daripada motosikal sebelum menikam bahagian belakang serta rusuk mangsa. Mereka kemudiannya melarikan diri.


sumber KOSMO

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

histats

ping

ping blog